RSS

Nikmat berpuasa itu apabila azan Maghrib bergema.

07 Sep

Buka Puasa I

Di dalam bilik di sebuah asrama, 3 sahabat sudah bersiap sedia di hadapan makanan yang dibeli di Bazaar Ramadhan. Cuma sedang menunggu azan Maghrib berkumandang di masjid. Masing-masing seperti sudah tidak sabar mahu berbuka. Nasi dan lauk di pinggan sedang ditenung lama-lama sebelum akan ditelan bulat-bulat.

“Allahu akbar…Allahu akbar….” Azan Maghrib pun bergema.

Masing-masing mula menadah tangan membaca doa berbuka dan doa makan. Mulut masing-masing terkumat-kamit.

Ok. Amin… Tangan pun menyuap nasi ke mulut. Tapi, ada seorang yang masih terkumat-kamit mulutnya.

“Eh, apasal kau baca doa lama sangat?”

Diam…

“Laaa….sekali aku terbaca ayat Kursi daaaa…”

Kelepek. *tepuk dahi* Ini kes lapar sangat la nih. Alahai~

Buka Puasa II

Sahabat yang ada ciri-ciri RM : Jomlah iftar di masjid. Banyak hikmah tau?

Kami yang tak ada ciri-ciri RM: Iftar kat masjid? Makan dalam talam kan? Cukup ke?

Sahabat yang ada ciri-ciri RM: Cukup lah… banyak sangat makanannya. Lagipun, ini sunnah Rasulullah. Makan ramai-ramai dalam talam boleh mengeratkan ukhuwah.

Kami yang tak ada ciri-ciri RM: Ouh….ok…. (masih tak berapa yakin)

Sahabat yang ada ciri-ciri RM: Seronok tau iftar di masjid. Kalau makan pun tak kenyang sangat. Walaupun rasa kenyang tapi tak sampai ‘mengah’. Baru lah rasa ringan nak buat amal ibadah. Kalau kenyang sangat, mesti rasa ngantuk. Lepas tu, mesti dah malas nak beribadah. (baca: solat tarawikh)

Kami yang tak ada ciri-ciri RM: Ermm…berapa ye kena bayar?

Sahabat yang ada ciri-ciri RM: Ish, mana ada kena bayar. Free la….

Kami yang tak ada ciri-ciri RM: Waaahhhh…free ke? Jejoommmmmmm!!! $-)

Hoho…kalau makan percuma, lajuuuuuuuuu saja. Buruk perangai betul…(adeh, anak sapo lah ni..ngee..😛 )

Nota kaki: RM = Rakan Masjid

p/s: Tapi memang betul apa yang kawan saya cakap itu. Iftar di masjid memang banyak hikmahnya. (selain menjimatkan duit laa…). Memang makan pun tak kenyang sangat. Elok-elok saja perut boleh terima. Bolehla iftar di masjid tiap-tiap hari lepas ini… hihi…

 
5 Comments

Posted by on September 7, 2008 in Teman

 

5 responses to “Nikmat berpuasa itu apabila azan Maghrib bergema.

  1. kel@mbu

    September 7, 2008 at 3:41 am

    rm, rakan masjid rupanya.
    ingat ke rakan ringgit malaysia. heh

     
  2. aTiQah

    September 7, 2008 at 11:04 pm

    1. Siapa la tu yeh. Anda ke? Hihihi.

    2. Tu la. Ingat apa la tadi RM tu. Hehe.

     
  3. sUe

    September 8, 2008 at 1:11 pm

    kel@mbu: sahabat saya itu RM=rakan masjid. kami pulak RM=rakan Ringgit Malaysia… hehe

    atiqah: 1. hehe… iyer la kot…😛
    2. RM itu ringkasan for Rakan Masjid. Some sort of organisation here.

     
  4. pjoe

    September 9, 2008 at 5:51 pm

    ada borang?

     
  5. sUe

    September 10, 2008 at 4:58 pm

    kenapa bro pjoe?
    kamu nak apply ker? hehe…😛

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: