RSS

Kisah 17 Budak Hitam dan 1 Pensyarah

02 Sep

Saya mahu tulis seperti seloka ’10 Budak Hitam’ tapi malas mencari perkataan yang ada rhyme. Jadi saya tulis sebagai cerita saja lah. Senang sikit.

Ada 17 budak hitam. Mereka pelajar kelas Alam Sekitar. Sepatutnya hari ini mereka ada sesi pembentangan individu kepada En Pensyarah. Tetapi malang, dari 17 Budak Hitam, cuma 7 yang datang kelas. 10 lagi sudah hilang entah ke mana atas sebab-sebab yang mereka sendiri saja tahu.

Lalu, 7 Budak Hitam pun bersiap sedia untuk membuat pembentangan. Tetapi malang sekali lagi, 3 orang tertinggal ‘pen-drive’ di asrama. Mereka meminta izin En Pensyarah untuk membuat pembentangan petang itu. ( kelas ada 2 sesi – pagi dan petang ). Jadi, tinggallah 4 Budak Hitam saja.

4 Budak Hitam pun bersedia mahu membuat pembentangan. Tetapi hari itu memang malang. 2 Budak Hitam berhenti membentang separuh jalan kerana tidak bersedia. En Pensyarah sudah geleng-geleng kepala. Nafas sikit lagi mahu keluar api. Tapi, En Pensyarah sungguh penyabar sekali. Kerana bulan Ramadhan barangkali.

Jadi, tinggallah 2 saja Budak Hitam yang berjaya membuat pembentangan dengan sungguh bergaya. Cuma 2 daripada 17 Budak Hitam. En Pensyarah sudah hangin satu badan. Dia terus keluar kelas sebelum mukanya sikit lagi berubah jadi naga tahap dewa ke lapan.

Petang itu, 17 Budak Hitam di’lecture’ sedikit oleh En Pensyarah. Mereka rasa bersalah. Mereka tahu itu memang salah mereka. 17 Budak Hitam bercadang memohon maaf kepada En Pensyarah yang baik hati itu tapi mereka mahu tunggu hingga dia sejuk dahulu.

17 Budak Hitam keluar kelas dengan rasa bersalah bergayut dalam dada. Dan rasa insaf juga.

 
8 Comments

Posted by on September 2, 2008 in Sekolah

 

8 responses to “Kisah 17 Budak Hitam dan 1 Pensyarah

  1. pjoe

    September 3, 2008 at 1:51 pm

    kamu slh seorang budak itam tu?

     
  2. ainunlmuaiyanah

    September 3, 2008 at 2:11 pm

    ish2.. student memag selalu cam ni kan.. hehe

     
  3. sUe

    September 3, 2008 at 9:15 pm

    pjoe: errr…aaaa…entahlah.tak ingat…hihu😛

    ainunl: a’a…kadang-kadang pensyarah yang terlalu baik pun student akan take advantage. tapi, rasanya ini kali terakhir kot. sebab semua dah insaf… semua jadi sedih bila tengok pensyarah cam kecewa jek… huhu.

     
  4. atiqah

    September 4, 2008 at 12:39 am

    Kesian pada Encik Pensyarah. Hmm..adakah mungkin Encik Pensyarah tu tak beritahu dengan jelas bila patutnya presentation tu. Huhuhu.

     
  5. sUe

    September 4, 2008 at 1:21 pm

    yerp…ada sedikit misscomm antara Pensyarah dan Pelajar (esp. yang tak datang kelas tu).

    Pensyarah kata lain, pelajar ingat lain…haish~

     
  6. tasikmerah

    September 4, 2008 at 4:39 pm

    keciknye tulisan…

     
  7. CAHAYA MATA

    September 4, 2008 at 5:05 pm

    mudah-mudahan En.Pensyarah berjaya memujuk hati..dan semoga bertambah pahala En.Pensyarah kerana bnyk bersabar…

    hehehehe… (“,)

     
  8. sUe

    September 4, 2008 at 8:34 pm

    tasik : kecik ke? saja je nak test power mata…hihu…😛

    cahaya mata : yer…pahala En Pensyarah rasanya berganda-ganda hari itu kerana teramatlah sabar dengan 17 Budak Hitam… huhu…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: