RSS

Ini kenangan 20 tahun lalu.

25 Aug

Dulu, mak kata cuma perempuan saja boleh mengandung. Lelaki tak boleh. Mak kata bila besar, saya pun kena mengandung juga lepas kahwin. Saya angguk dan cakap “OooooOOooooo….”

Hari itu, mak bawa saya ke mana entah saya sudah lupa. Mak pegang tangan saya. Saya pakai skirt belang-belang warna hijau. Rambut ikat tocang dua dengan riben warna putih.

Mak dan saya masuk lif. Dalam lif ada 5-6 orang lagi. Ada seorang Singh pakai turban besar. Muka berjambang. Tangan penuh bulu. Besar dan sungguh tinggi orangnya. Saya yang pendek ini melangut pandang dia. Lama….

Lepas itu, saya buka mulut. Dengan suara kuat saya tanya pada mak “Mak, mak…mak kata orang perempuan je mengandung. Ni dia lelaki tapi mengandung jugak!” Saya tunjuk pada perut Singh itu.

Mak terus tutup mulut saya. Mak sengih-sengih malu sambil cakap ‘Sorry… sorry…” pada Uncle Singh itu. Dia cuma senyum-senyum. Orang lain dalam lif pun senyum-senyum.

Kesimpulannya, kepada golongan lelaki, sila jaga ukur lilit perut anda supaya tidak disalah erti oleh kanak-kanak innocent macam saya.

Terima kasih.๐Ÿ˜›

 
8 Comments

Posted by on August 25, 2008 in Nostalgia

 

8 responses to “Ini kenangan 20 tahun lalu.

  1. pjoe

    August 25, 2008 at 11:06 am

    nakal

     
  2. sUe

    August 25, 2008 at 12:54 pm

    hehe..bukan nakal..tapi innocent…:P

     
  3. Uena

    August 25, 2008 at 1:28 pm

    hahahaha.. siyes klaka!!๐Ÿ˜›
    ape daaa kak sue~~

     
  4. sUe

    August 25, 2008 at 2:12 pm

    hehe…masa tu kanak-kanak lagi…
    curiousity tu tinggi…
    sekarang da tahu dah sebab per lelaki tak leh ngandung..
    sebab dah belajar biologi…ngeee..:P

     
  5. tasikmerah

    August 25, 2008 at 4:45 pm

    ha ha. apsal yek… kebanyakkan singh mesti perut besar

     
  6. sUe

    August 25, 2008 at 6:58 pm

    hehe..tak tau la kak tasik..
    maybe diorang senang hati kot…
    Uncle singh kat sebelah rumah saya pun perutnya ‘boleh tahan’…:)

     
  7. kel@mbu

    August 26, 2008 at 3:01 am

    perut singh besar sbb byk minum–>kwn yang cakap.

     
  8. sUe

    August 26, 2008 at 3:24 am

    ouh ye ke?
    tak tahu pulak saya…huhu.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: