RSS

23 Ogos dan Saya

24 Aug

23 Ogos dan Umur

23 Ogos datang lagi. Dan baru saja berlalu pergi. Menandakan umur saya semakin menginjak sehari. Mengingatkan saya betapa mati semakin mendekati. Sebetulnya saya tidak tahu sama ada saya dikategorikan sebagai masih ‘muda’ atau sudah ‘dewasa’ atau sebenarnya sudah kategori ‘tua’. Sebab saya tidak tahu berapa SEPENUHNYA umur saya.

Jika ditakdirkan umur saya semalam adalah 24/120 tahun…maknanya saya bolehlah dikategorikan masih ‘kanak-kanak rebina’ kerana saya baru melalui 20% dari jumlah hidup saya. Kalau ditakdirkan umur saya adalah 24/60, maknanya saya masih ‘remaja’. Dan kalaulah, kalaulah di Luh Mahfuz tertulis umur saya cuma 24/26, maknanya saya sudah sangat ‘tua bangka’ kerana lebih 90% hidup telah saya lalui.

Jadi, saya tidak mahu menganggap diri saya sudah tua atau masih muda. Kesempatan diberi peluang untuk masih bernafas di muka bumi sudah amat-amat saya syukuri. Amat-amat saya hargai. Terima kasih Tuhan.

23 Ogos dan Famili

Seperti biasa, semua ahli keluarga akan message mengucapkan Hari Jadi. Terima kasih pada ayah dan kakak kerana ingat hari jadi saya. Ibu seperti biasa wajib telefon untuk ‘wish’ hari jadi. Dan sempat juga saya ucapkan terima kasih kerana melahirkan saya 24 tahun lalu.

Sebetulnya, saya rindukan mereka di saat ini. Sungguh-sungguh rindu!

23 Ogos dan Teman-teman

Saya dikejutkan pagi-pagi oleh Shikin, kawan baik saya. Kami bergayut lebih setengah jam. Bercerita dan bergelak ketawa. Rindu amat saya pada kawan baik saya itu. Sudah mahu kahwin dia tahun depan. Pantasnya masa berlalu…:)

Kemudian, kawan-kawan sekolah menengah (Taymi dan Ice) juga telefon mengucapkan selamat hari jadi. Baru saya sedar betapa kami sudah terlalu amat lama tidak berhubung. Mungkin kerana saya yang menyepikan diri atau masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Ice bakal menjadi doktor tahun depan dan Taymi pula sedang menyambung Master dalam TESL. Tiba-tiba kenangan kami semasa menjadi penghuni Dorm C24B menerjah cepu fikir. Betapa Dorm kami paling rebellious dan paling memeningkan kepala warden dan pengawas. Indah sungguh zaman persekolahan. Penuh warna-warni ceria.

Dan terima kasih juga kepada Hanis dan Mel yang sudi membelanja saya makan. Saya kena marah dengan Mel sebab tak bagitahu hari itu hari jadi saya. Sudahnya, kami diheret ke McD Gopeng pukul 12 tengah malam. Saya balik ke UTP pukul 3 pagi dalam keadaan kenyang, sejuk, mengantuk tetapi hepi.

Terima kasih kepada Uena (orang pertama yang message), ketua kumpulan PDP saya, dan kawan-kawan lain yang wish happy birthday baik di friendster dan juga SMS. Thanx a lot!

23 Ogos dan Convofair

Kami pergi ke Convosquare pukul 9.30 malam. Sampai saja di sana, kami disambut dengan stand-up comedy dari Nabil, Raja Lawak Musim ke-2. Orang ramai yang mengerumuni membuatkan saya tidak dapat melihat Nabil dari dekat. Kecewa juga rasanya.

Kemudian, kami teruskan melawat gerai-gerai. Tak sampai 10 minit, hujan turun dengan lebat selebat-lebatnya seolah-olah langit sedang mengamuk dan mengeluarkan amarahnya sungguh-sungguh. Agak lama juga kami berteduh di gerai kain tudung. Sudahnya kami makan di Cafe saja. Nak melawat gerai-gerai makan pun sudah tidak berselera sebab hujan lebat yang amat.

Mujur hari ini ada lagi Convofair. Harap-harapnya tidak hujan lagi. Huhu…

 
5 Comments

Posted by on August 24, 2008 in Peribadi, Refleksi

 

5 responses to “23 Ogos dan Saya

  1. ainunlmuaiyanah

    August 25, 2008 at 2:20 pm

    sue, jgn risau kalau tak ada dia..
    sebab
    .
    .
    ” dia yang rugi tak ada kamu”
    hehe

     
  2. sUe

    August 25, 2008 at 2:53 pm

    hehe..mekasih cik ainun..
    terubat sikit hati saya…:)

     
  3. iNz

    August 25, 2008 at 8:52 pm

    erk..

    kak sue~

    rindu kak sue~ dtg la blk ktorg 3.2.1 blok H oke

    hope happiness and joy fill ur life wholly.

    so tat no empty spaces left. =D hee~

    samat hr jadi~ (belated ekceli)

     
  4. sUe

    August 26, 2008 at 12:27 am

    hye nabila!!
    thanx for da besday wish…
    memang nak singgah rumah korang tapi selalu terlupa…
    bila turun nak pegi cafe ingat nak singgah before balik bilik…
    alih2 dah naik tangga baru teringat…
    takpe222…nanti kak sue pegi sana ok?

     
  5. atiqah

    August 26, 2008 at 1:40 pm

    Owh. Tiba-tiba rasa terharu bila baca entri ni.

    Umur saya kurang tiga tahun dari akak, and saya wonder lah, untuk ke umur 24 tu, apa la akan jadi. Haih.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: