RSS

Tahniah Lee Chong Wei!

19 Aug

 

Saya hairan kenapa kebanyakan media cetak menggambarkan kekalahan Lee Chong Wei untuk meraih emas di Olimpik Beijing seolah-olah perkara paling mengecewakan Malaysia. Lebih teruk lagi, dia seolah-olah digambarkan tidak berusaha sangat pun untuk menang. Tulisan2 seperti permainan kaku, hambar, cuma mampu perak, kekalahan paling mudah, etc,etc, bagi saya tidak adil untuk Chong Wei.

Yes, memang semua orang kecewa sebab dia tak dapat emas. Tapi, kenapa perlu digembar-gemburkan kekalahan dia macam dia memang sengaja mahu kalah? Sekurang-kurangnya dia menyumbang satu pingat kepada Malaysia setelah 12 tahun kita pulang dengan tangan kosong. Tanpa apa-apa pingat baik emas,perak atau gangsa. Kosong atau sifar atau zero atau null atau habuk pun tarak. Alih-alih bila dapat pingat perak, media merungut-rungut pula sebab tak dapat emas. Haih~

Kalaulah nak dikatakan media Malaysia ini terlampau bercita-cita tinggi, masa bola sepak Malaysia lawan Chelsea hari itu, walaupun kalah 2-0, boleh pula puji melambung ( walaupun main di negara sendiri?). Bila Chong Wei dapat perak, susah pula mereka nak terima. Apa kes…?

Kesian kamu Chong Wei…saya rasa kalau kamu seorang penyanyi yang bertanding di mana2 pertandingan nyanyian bertaraf dunia, kemudian pulang dengan tempat kedua…tentu media julang kamu melangit sampai tak jejak tanah!

Di Malaysia ini, profesion artis saja paling mudah mendapat sanjungan. Dan paling senang juga untuk dimaafkan. ( Sebab itu lah artis boleh buat apa saja benda-benda mengarut. Lepas itu minta maaf. Habis cerita ) ~duh!

 
9 Comments

Posted by on August 19, 2008 in Dunia

 

9 responses to “Tahniah Lee Chong Wei!

  1. CAHAYA MATA

    August 19, 2008 at 12:35 pm

    salam kenal..
    terjumpa blog kamu dlm paje en.pjoe..

    nice entrie.. tp pendapat kita tentang chong wei berbeza.. kalau berkesempatan, dtg la baca entrie SAYA dan maybe kita boleh bincangkn lagi..

    apa-apa pun TAHNIAH CHONG WEI..!!

     
  2. Uena

    August 19, 2008 at 1:18 pm

    mungkin ramai yg kecewa tidak dapat melihat tgn TPM t’ketar2 nk kasi RM1 juta kepada chong wei? lantas, tempias-tempias kecewa itu t’kena kepada chong wei, dan bukan TPM.

    after all, he’d done a gud job!! tahniah chong wei~~

     
  3. sUe

    August 19, 2008 at 9:18 pm

    uena : haha..TPM ke yang bagi sejuta? ingat PM..huhu.

    cahaya mata : salam kenal…sudah singgah di blog kamu. dan sudah tinggalkan jejak juga…;)

     
  4. faris farhan

    August 30, 2008 at 8:40 pm

    apa khabar saya mengucapkan tahniah kepada
    lee chong wei sebab lee chong wei ada maju
    untukyakin bahawa malaysia boleh dan lee chong wei
    pula berusaha untuk memenangi pingat olympics beijing 2008
    itu saja

     
  5. sUe

    August 30, 2008 at 9:21 pm

    Errr…ok…

    Nanti saya sampaikan pada Chong Wei…huhu…😛

     
  6. syuk_tira

    September 13, 2008 at 2:38 pm

    tahniah…. lee chong wei is da best…

     
  7. sUe

    September 14, 2008 at 2:39 pm

    syuk tira,
    terima kasih singgah…🙂

     
  8. yuho

    September 17, 2008 at 9:50 pm

    lee chong wei

     
  9. aliya

    September 17, 2008 at 9:59 pm

    lee chong wei…….we are very proud of you.we will never forget your very hardworking.you have proud all the malaysia.dont give up.1try your best in the next olympic.go lee chong wei!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: