RSS

Pergi tengok Susuk.

17 Aug

Usai menonton Susuk di pawagam, saya patut berterima kasih pada review filem dari cik Areyoung yang saya baca sebelum menonton. Reviewnya buat saya bersiap-sedia untuk ber’fikir’ apabila menonton filem ini. Dan hasilnya, saya faham filem ini ( kalau kamu faham cerita ini, itu satu pencapaian besar…hahaha) Tapi, Munie yang sibuk ber-sms di sebelah saya juga faham cerita ini…kagum saya! Kiranya filem Susuk ini tidak lah terlalu rumit amat. (atau Munie yang bijak terlampau? Heh!)

Filem ini bagi saya bagus. Lain dari yang lain. Saya suka caranya bergerak dari past ke present ke past semula. Filem ini memang untuk penonton yang mahu berfikir. Keliru dan kabur juga saya pada mula-mulanya. Tapi, bila dah sampai ke penghujung, jalan ceritanya dah semakin nampak terang dan jelas.

Cumanya, terjojol juga lah biji mata saya melihat Aleeza Kassim yang WAUUU-GILA-SEKSI keluar dari kolam renang. Sampaikan Munie bertanya “Aleeza Kassim ni Melayu ke omputeh?” (walaupun saya rasa tak ada omputeh yang nak namakan anak mereka – Aleeza Kassim! Huhu). Ouh, dan saya suka babak Sofea Jane dimasukkan susuk. Real abes…!!

Sampailah habis filem ini, saya berterima kasih sekali lagi kepada Cik Areyoung yang mengingatkan jangan bangun dulu bila ‘credit title’ meluncur naik menyebabkan saya dan Munie masih setia menunggu di tempat duduk (walaupun separuh penonton dah keluar). Hasilnya, saya puas hati dengan endingnya.🙂

Rumet yang turut menonton filem ini balik pukul 3 pagi (sebab dia menonton midnite) dengan merungut-rungut ” Arkh…tak faham lah cerita ni!!” Saya senyum saja…hehe.

                                        xxxxxxxxxxxxxxxxx

Malam ini Nisfu Syaaban. Saya pun hampir terlupa sebenarnya kalau tidak kerana kawan-kawan yang mengingatkan via YM. Malam nisfu Syaaban elok diperbanyakkan amalam sunat ( walaupun sepatutnya amalan sunat dibuat secara istiqamah sepanjang tahun…bukan hari-hari tertentu saja…haih~)

Ini antara hadis yang menyatakan keistimewaan Malam Nisfu Syaaban ini:

“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).

Lagi satu, baru saya tahu rupanya banyak hadis-hadis palsu tentang keistimewaan bulan Rejab dan Syaaban ini. Nampaknya, saya perlu lebih berhati-hati lepas ini. Tak boleh telan bulat-bulat saja…huhu.

More on hadis-hadis palsu : di sini dan sini

 
2 Comments

Posted by on August 17, 2008 in Filem

 

2 responses to “Pergi tengok Susuk.

  1. amir muhammad

    August 17, 2008 at 7:20 am

    Terima kasih sebab komen pasal pilem kami🙂

     
  2. sUe

    August 17, 2008 at 12:40 pm

    Hehe..sama-sama.
    Teruskan membikin filem2 yang mengajak kami berfikir…ngeee..;)
    Ouh, dan tahniah sebab dapat awards di FFM21.🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: