RSS

Budaya pelajar Uni macam kami.

15 Aug

Ada sesuatu yang mangganggu gugat minda Pensyarah Pakistan saya. Dia jadi pelik dan hairan yang amat. Lalu, untuk meleraikan kekusutan, dia bertanya kepada kami, pelajarnya ini.

” I just want to ask because I’ve been wondering – what is the importance for you to sign for your friend’s attendance??” Dia bertanya dengan muka berkerut, tak puas hati.

Pertanyaan itu seperti satu tamparan-lintang-ke-muka bagi kami yang menjalankan aktiviti ‘tidak bermoral’ itu. Lepas seorang, seorang yang lain menggeleng tak tahu memberi jawapan apa. Malu barangkali.

“To help our friends from being barred in the exam .” Saya menjawab dengan yakin. Sebab saya salah seorang yang terlibat dan menyokong penuh kegiatan ini. Huhu… ( di sini ada kemungkinan kamu akan di’bar’ dari final exam jika attendance tak mencecah 90% )

“When you signed for him, the next time he will sign for you.” Suara seorang rakan sekelas pula mencelah.

“Ok. What if I assure you that NO ONE will be barred from the exam? Will you stop signing for your friends? ” Wah, satu ‘bargain’ yang menarik. Kami setuju. Tak perlu lagi tanda tangan untuk kawan-kawan.

Pensyarah saya menyambung ” If your friend do not attend the class, so be it. Let him die the actual death.” Waahh…serius saja bunyinya. Sampai masuk bab-bab kematian…huhu.

Tapi, ini pendapat peribadi saya. Tidak salah tolong signkan attendance kawan-kawan. It’s not like kita bagi dia meniru dalam exam or anything. Lagipun, memang budaya kita suka tolong-menolong.. hehe. Tapi, mungkin bagi pensyarah ia tidak adil kerana pelajar itu tidak pergi pun ke kelasnya. Jadi, segala bentuk pertolongan untuk pelajar yang TIDAK datang kelas adalah DIHARAMKAN sama sekali.

“Kalau kamu tolong signkan untuk kawan kamu, kamu dengan kawan kamu sekali nanti boleh jalan…” itu kata-kata pensyarah Transport Phenomena saya. Jadi, saya rasa boleh dikatakan SEMUA pensyarah tidak suka dan tidak mahu ada kegiatan tolong-signkan-attendance-kawan di dalam kelas mereka. Noktah.

Pengajarannya ialah:

1. Rajin-rajinkan lah diri datang kelas. ( peringatan untuk diri sendiri juga…haish!)

2. Tak payah suruh kawan tolong sign kan. Berani buat, berani tanggung!

3. Akhir sekali, kalau nak sign untuk kawan pun biarlah logik sikit. Ini dalam kelas yang ada 12 orang pun boleh lagi nak sign kan attendance. Obvious sangat la brader…haish~

 
2 Comments

Posted by on August 15, 2008 in Sekolah

 

2 responses to “Budaya pelajar Uni macam kami.

  1. ainunlmuaiyanah

    August 22, 2008 at 11:08 pm

    hehe…
    saya tahu kes ni..
    biasalah budaya sign men-sign ni
    tapi ada satu pendapat dari pensyarah yang saya kira menarik~
    katanya… uni dok sibuk pasal attendance sebab nak kejar iso, kamu sebagai pelajar, boleh suarakan hak tak perlu ada iso, tak perlu ada attendance..

    huhu. aku rasa pensyarah ni mesti selalu tak datang kelas kan?

     
  2. sUe

    August 23, 2008 at 11:02 am

    pensyarah datang kelas. student yang selalu tak datang kelas. (samalah dengan tuan punya blog..huhu)

    ramai juga yang dah suarakan pasal attendance.tak perlu diwajibkan.sampai sekarang tak ada tindakan apa-apa pun. huhu…

    tapi sebenarnya depend pada lecturer. ada yang tegas dan ada yang tak kisah.sign-kan attendance itu cuma just in case lecturer tiba-tiba buang tabiat mahu bar student.huhu…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: