RSS

Hancur luluh…

09 Aug

Dia seorang isteri yang baik. Saya tahu itu. Bukan sekali dua saya lihat dan saksikan kebaikan dia dan kesabaran dia melayan kerenah suami dan anak-anak tiri. Sudah banyak banyak kali.

Dia bukan isteri pertama. Bukan juga isteri kedua. Tapi, entah isteri yang ke berapa. Suaminya adalah dari jenis lelaki yang sangat mudah berkahwin dan mudah juga menceraikan. Semudah belajar ABC atau semudah makan kuaci. Spesis lelaki tak guna    macam suaminya memang sudah semakin membiak di Malaysia ini.

Tapi, saya sangkakan kali ini perkahwinan mereka mampu mengubah sikap suaminya. Saya ingatkan kebaikan, kesabaran dan kelembutan mampu menambat hati suaminya dari terpikat pada orang lain. Saya melihat sendiri bagaimana dia mengurut suaminya dengan penuh kasih sayang. Saya lihat juga bagaimana dia melayan makan pakai suaminya tanpa sedikit pun rungutan. Saya juga menyaksikan bagaimana dia sabar melayan anak-anak tirinya walaupun saya dapat rasakan dia malu dengan sikap anak-anak tirinya yang suka menengking dan langsung tidak menghormatinya. Saya juga terasa ingin tumpah air mata melihat dia dimarahi suaminya hanya kerana perkara kecil. Tapi, dia masih diam dan tidak melawan. Malah masih mampu berlemah-lembut dalam memberikan sebab dan alasan.

Jadi, saya betul-betul sangkakan memang dialah isteri terbaik untuk suaminya. Dan suaminya adalah lelaki gila kalau masih gatal mencari yang lain. Tapi, alangkah silapnya saya.

Baru-baru ini saya dapat tahu, suaminya berkahwin lagi. Kali ini dengan bekas isterinya dulu. Dan dia masih tidak tahu tentang itu. Sama seperti dia tidak tahu suaminya bermain cinta dengan kawan baiknya dulu.  Kami semua yang tahu tidak mampu membuat apa-apa. Tidak juga mampu untuk memberitahu dia. Kerana itu hal rumah tangganya. Dan kami cuma orang luar yang mampu melihat dan mendengar tentangnya dengan belas kasihan tanpa mahu mencampur tangan. Oh, maafkan kami…

“Bersyukurla aku kawin lain. Kalau aku berzina macam mana?” Itu jawapan angkuh yang diberi suaminya. Sungguh, spesis lelaki begini cukup handal bila berbicara soal jodoh, sunnah nabi dan agama seolah-olah dia ulamak besar dunia. Kelakar. Ruang lingkup agama bagi mereka cuma bila masuk bab-bab poligami. Selain dari itu, mereka tidak tahu apa-apa. Kenapa sunnah nabi yang satu itu beriya-iya mahu dituruti sedangkan sunnah nabi yang lain kamu tak ambil peduli? Solat kamu ke mana? Puasa kamu sudahkah sempurna?

Saya selalu percaya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Sebab itu saya jadi hairan kenapa perempuan sebaik dia mendapat suami yang sebegitu rupa. Tapi, bukankah jodoh di tangan Tuhan. Siapalah saya untuk mempertikaikan. Mungkin ini yang dikatakan dugaan untuk dia. Atau mungkin ada kesalahan2 dia di masa lampau menyebabkan dia dibayar kifarah yang sebegini rupa. Entah lah…

Tidak. Saya tidak membenci poligami kalau kena caranya. Seorang penceramah bebas di tempat saya bahagia dengan 3 orang isterinya. Nawaitu dia berpoligami adalah kerana agama. Dia mendirikan rumah-rumah anak yatim dan ketiga2 isterinya ada tugas masing2 dalam menguruskan semua rumah2 anak yatim itu. Seorang menguruskan makanan, seorang tentang pakaian dan seorang tentang kesihatan. Kesemua isterinya bukan calang-calang orang. Salah seorangnya adalah doktor yang melepaskan jawatan demi menumpukan waktu sepenuhnya untuk menjaga kebajikan dan kesihatan anak-anak yatim. Betapa besarnya pahala mereka…

Cuma yang saya kesalkan ialah lelaki seperti suami dia. Yang langsung tidak layak dipanggil imam keluarga. Yang cuma berpoligami kerana nafsu semata-mata. Malah anak-anaknya terbiar tanpa dijaga. Tanggungjawabnya hilang entah ke mana. Adakah dia tahu seorang isteri itu adalah amanah kepada suami? Dan dengan mengabaikan amanah, dia sudah termasuk dalam ciri-ciri orang munafik? Masih tidak sedarkah dia?

Untuk dia , isteri yang taat dan setia, (dan semua isteri yang senasib dengannya) hati saya luluh mengenangkan kamu. Apa lagi yang mampu saya katakan selain berharap kamu mampu bersabar. Saya berdoa agar kamu diberi kekuatan untuk menempuh setiap dugaan.

Semoga kamu sentiasa dalam lindungan Tuhan.

Untuk suaminya, berhentilah dari menyakiti hati wanita. Kerana Tuhan itu Maha Adil lagi Maha Berkuasa. Dia mampu terbalikkan nasib kamu pada bila-bila masa. Hidup ini bukankah macam roda?

 

 
4 Comments

Posted by on August 9, 2008 in Bengong, jiwa kacau, Manusia

 

4 responses to “Hancur luluh…

  1. tasikmerah

    August 9, 2008 at 11:26 am

    geram~

     
  2. sUe

    August 9, 2008 at 11:47 am

    geram juga…dan sangat-sangat kasihan pada dia…yang masih tak tahu apa-apa…:(

     
  3. haris

    August 11, 2008 at 12:23 am

    bagaimana dengan golongan yang dah ada awek tapi masih tak sedar status diri dan sibuk nak mengorat awek orang lain?

    -malang bagi awek dia.eh aku bukan pakar pn sbnrnya.haha.

     
  4. sUe

    August 11, 2008 at 11:37 am

    ha’ah.memang malang sangat la awek dia.sbb dpt bf hampes camtu.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: