RSS

Macam best…tapi takut…huhu.

02 Aug

Wahhh…outdoor carnival UTP sudah semakin cool!! Ada powered paragliding tuh…sebelum ini cuma ada horse riding, kayaking, archery, jet skiing, dan entah macam-macam lagi tapi TIDAK PERNAH ada powered paragliding.

ini la powered paragliding

ini la powered paragliding

Saya nampak orang naik powered paragliding ini semasa sedang tunggu tempahan makanan di Rusna. Pemandangan benda yang seakan-akan payung terjun terapung-apung di udara memang sungguh mengujakan. Walaupun bunyi motornya sangatlah bising (macam orang sembur nyamuk), tapi ia tetap buat saya cukup tergoda untuk mencuba.

Yurannya agak mahal – rm50 untuk 15 minit. Naik dengan seorang instructor. Tapi, ini sajalah peluang untuk saya mencuba sesuatu yang baru. Lagipun, entah bila lah pula saya boleh merasa.

Tapi, yang saya risaukan cuma satu. Saya ini sangat sangat gayat orangnya. Semasa saya kecil dulu, saya pernah meraung menangis-nangis mahu turun semasa naik merry-go-round di funfair. Masa itu saya naik dengan kakak dan seorang sepupu. Sejak itu, saya memang tak pernah naik merry-go-round apatah lagi roller-coaster. Masa praktikal dulu pun, reaktor urea yang setinggi tak sampai 100 meter itu pun cuma mampu saya panjat sampai separuh saja. Lepas itu, mulalah rasa kebas kaki dan tangan. Kemudian akan jadi kaku tak boleh bergerak kerana teramatlah gayat.

Tapi, kali ini saya ingin mencabar kemampuan diri sebenarnya. Sampai bila mahu jadi penakut tinggi saja kan? Walaupun pemandangan cuma dalam UTP saja, tapi masa ini lah nak tengok bangunan2 UTP dari angle berbeza: dari atas.

Saya harap kalaulah betul-betul saya naik powered paragliding itu nanti (sebab ini cuma planning, belum confirm lagi mahu naik atau tidak), saya harap saya tidak akan memalukan diri sendiri dengan menjerit-jerit pada instructor itu suruh turunkan saya.

“Encik,encik….tolong turunkan saya boleh? Saya gayat nak mampus nih!!!” Huhu…harap-harap tak jadi begitu… =P

*ini tidak ada kena mengena dengan tajuk*

Sekolah saya semakin famous sejak akhir-akhir ini kerana satu kes besar. Kes apa tak perlulah diberitahu. Rasanya semua orang sudah terlebih-lebih tahu. Saya juga terjumpa dengan beberapa blog yang menulis tentang kes ini. Cuma, yang agak kesalnya, sekolah saya sudah dilabel dengan macam-macam nama yang tidak enak.

Hurrmmmm…entahlah. Saya pun tidak mahu komen apa-apa. Itu pendapat masing-masing. Dan saya pun tidak mahu mengutuk orang itu begitu dan begini kerana diri saya sendiri bukanlah semulia nabi. Lagipun, pesan ibu saya, jangan dedah keaiban orang kerana kelak orang pula akan telanjangkan keaiban kamu.

Lastly, masing-masing dah bijak pandai. Tahu bezakan baik dan buruk. Bak kata Nabil “Lu pikir la sendiri!”

 

 
Leave a comment

Posted by on August 2, 2008 in Sekolah

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: