RSS

Entah mahu letak tajuk apa

01 Aug

Saya baru lepas menonton A Beautiful Mind. Kisah benar tentang Dr John Nash, seorang genius matematik yang juga penghidap schizophrenia. Penyakit itu membuatkan dia jadi paranoid dan melihat manusia-manusia ‘imaginary’ yang orang lain tak nampak.

Penyakit schizophrenia lazimnya akan menyebabkan penghidapnya berhalusinasi sehingga sukar untuk membezakan antara imaginasi dan realiti. Seperti dalam cerita ini, rupanya teman sebilik Dr John Nash yang telah menjadi kawan baiknya bertahun-tahun lahir dari imaginasinya sendiri. Teman sebilik itu langsung tidak wujud pun sebenarnya. Kasihan…

Tentu sukar nak terima hakikat. Orang yang selama ini kita sangkakan telah menjadi sebahagian dari hidup kita, rupa-rupanya tidak pernah wujud pun. Hanya dalam imaginasi semata-mata. Bayangkan kawan baik kita sendiri, yang bertahun-tahun bersama, ke mana-mana bersama, gelak ketawa suka duka bersama, tetapi tiba-tiba ada orang bagitahu yang selama ini ‘kawan baik’ itu never even exist!!Ouh, susahnya nak terima…

Apa-apa pun, lakonan Russell Crowe memang sangat brilliant!

Kemudian, saya menonton pula The Great Debaters. Lakonan Denzel Washington dan Forest Whitaker. Ouh, saya memang teruja menonton filem-filem sebegini. Yang menunjukkan tentang perjuangan melawan diskriminasi. Filem-filem seperti Remember The Titans dan Gandhi membuat saya jadi bersemangat semacam. Especially kalau filem-filem itu based on true stories. Filem-filem tentang manusia yang berusaha melawan takdir buruknya seperti Homeless to Harvard pun sangat memotivasikan saya.Dan saya tidak akan jemu-jemu menonton filem-filem yang menyemarakkan api motivasi dalam jiwa ini berkali-kali.

Lalu saya pun menonton The Great Debaters berulang-ulang kali. Lagi dan lagi. Sampailah saya tidur pukul 4.30 pagi.

Esoknya, saya terlepas kelas Transport Phenomena pukul 9 pagi. Haih…motivasi lah sangat…~~

p/s: Saya mahu cerita tentang pengembaraan saya dari perkampungan Shire ke gunung berapi Mordor…eh bukan,bukan…dari Tronoh ke SP minggu lepas. Tapi, lain kalilah. Bila saya rajin mahu menulis panjang-panjang-panjang…

p/ss: Saya menyampah tengok side tepi blog ini. Semua tulisan untuk link, recent post,dsb sangatlah kecil dan halus. Sakit mata dibuatnya. Saya nak edit font size tapi tak tahu macam mana…huhu.

 

 
Leave a comment

Posted by on August 1, 2008 in Filem

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: