RSS

Cerita 1,2,3

24 Jul

Satu

Saya bertembung lagi dengan “dia”. Kali ini di bawah laluan berbumbung di tepi blok asrama. Saya baru pulang dari lab dan dia berjalan di belakang saya. Banyak kali jugalah saya menoleh pada dia. Setiap kali saya menoleh, dia akan senyum pada saya. Senyumnya masih manis. Macam hari itu juga.

Isk, tak boleh jadi ni. Disebabkan rasa ingin tahu yang membuak-buak disuntik dengan elemen saspen yang mendebarkan jiwa, saya perlahankan langkah. Supaya kami boleh bersaing. Lantas, terus saya tanyakan pada dia ” Student master ke?” Dia menggeleng. ” Taklah, second year”. Jawabnya, masih tersenyum. Hoohhhhhh….leganya saya. Rasa seperti mahu buat sujud syukur di situ juga!

Tapi, yang hairannya, kenapa dia suka bebenor senyum bila nampak saya? Muka saya macam muka orang yang dahagakan senyuman kah? Atau mungkin muka saya nampak friendly dan comel   ceria buat dia suka menghadiahkan senyumannya pada saya? Atau dia memang seorang yang pemurah dengan senyuman, pada sesiapa saja..?

Entahlah, saya tak kisah pun sebenarnya. Kerana saya sudah tahu dia bukanlah orang yang saya tidak ingin jumpa itu. Terasa lega sedikit minda.

Takpelah dik, senyumlah banyak mana pun. Aiman Akak tak kisah…😉

Dua

Saya bertembung juga dengan Izkal. Anak jiran saya dan juga adik kepada kawan saya. Kali terakhir saya jumpa dia semasa umurnya 2-3 tahun. Masa itu saya pun rasa-rasanya dalam Darjah 1.

Teringat lagi, masa itu saya dan kakak pergi ke rumahnya. Rumah dia adalah port bermain kami sebab kakak Izkal ( iaitu kawan kami ) ada banyak mainan yang sungguh cool.

Tiba-tiba Izkal datang terkedek-kedek dengan membawa satu kepala suis yang besar tahap dewa. Bapak kepada segala kepala suis. Lantas, diketuknya ke kepala kakak saya yang sedang duduk diam-diam atas sofa. “KELEKUK!!!” bunyinya. Apa lagi, menangislah kakak saya teresak-esak. Huish…sakit ooooo…. Tapi, nama pun budak kecil. Apa lah yang dia tahu…

Tapi, Izkal yang saya jumpa tadi sudah besar dan tinggi. Sudah manly rupanya. Sudah pandai menyimpan janggut sedikit. Sekarang dia sudah second year di jurusan mekanikal ( tak silap saya ).

Cepatnya masa berlalu…Rasanya masih terbayang-bayang lagi di minda saya, seorang budak kecil tidak berbaju dan berseluar pendek, dengan jalan terkedek-kedek…:)

Tiga

Saya mahu pulang esok. Tidak sabarnya. Saya rasa sangat kalut dan serabut sekarang. Nak kata sibuk, tidaklah sesibuk mana. Tapi, entah kenapa terasa macam hidup sudah tunggang langgang. Dan cuma dapat diubati bila berjumpa keluarga di rumah.

Macam perokok tegar yang tak dapat hisap rokok masa bulan puasa. Bila dapat hisap, leganya tak terkata. Macam itulah keadaan saya sekarang. “Rokok” saya sekarang ada di rumah. Dan saya perlu pulang supaya saya boleh lega semula.

 
Leave a comment

Posted by on July 24, 2008 in jiwa kacau, Manusia, Nostalgia

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: