RSS

Saya.Kamu.Berbeza.

23 Jul
Photo credit to koeimaster on photobucket

Photo credit to koeimaster on photobucket

Tadi, selepas kelas OM (Operation Management), saya terserempak dengan Uena, teman rapat saya yang sudah saya anggap seperti adik sendiri. Saya senyum dan menegur dia “Hai, Uena!”. Dia baru ternampak saya “Eh, Kak Sue…I miss u!” Dia melaung ketika saya sudah berjalan melepasinya. Saya menoleh semula dan laungkan juga padanya “I miss u too!!” Dan saya kembali berjalan, ketawa sambil menggeleng-geleng kepala. Kami memang gila-gila.;)

Tapi, bukan itu yang ingin saya cerita sebenarnya. Apa yang ingin saya tulis ialah betapa berbezanya persahabatan lelaki dan perempuan. Macam langit dan bumi!

Cuba bayangkan kalaulah seorang lelaki (saya maksudkan di sini ialah lelaki yang “straight” bukan gay, ok?) tiba-tiba berkata pada teman rapatnya “Woi bro..I miss u!!” di tengah khalayak ramai. Apa yang akan terjadi? Silap-silap mungkin lelaki itu akan makan tapak kasut teman baiknya sendiri…hohoho.

Lagi satu yang ketara bab berpegangan tangan. Perempuan kalau keluar di mana-mana mesti berpegang tangan. Benda itu normal. Orang tak akan pandang pelik. Malah, saya sendiri kalau keluar dengan sesiapa saja seperti mak, kakak atau kawan-kawan perempuan, secara automatik tangan mereka saya akan pegang. Entah kenapa. Untuk tujuan “security” barangkali. Atau memang itu habit saya.

Tapi, cuba bayangkan kalau dua orang lelaki tiba-tiba jalan berpegangan tangan, mahu tak tersembul biji mata orang lain yang melihat! Kemudian, pasti mereka akan di’cop’ yang bukan-bukan. Confirm gay nih!

Kemudian, persahabatan antara perempuan kalau kawan baik bersayang-sayang itu perkara biasa. Kadang-kadang saja-saja panggil “dear” atau “bucuk” (ouh, tolong jangan muntah ya golongan lelaki. Kerana ini sangat normal di kalangan kami yang perempuan ini) atau “sayang” atau apa-apa sajalah panggilan manja lain. Itu adalah normal. Malah saya ingat dulu seorang kawan saya, *Didi telah menyimpan nombor kawan baiknya dengan nama ‘yang’ di dalam handphonenya. Bila saya tanya ‘yang’ ni siapa? Dia jawab itu *Lili, kawan baiknya. Saya tanya pula, boyfriendnya dia simpan guna nama apa? Dia tunjukkan pada saya —> ‘abang’. Ouh…ok.

Tapi, kalau lelaki baik dan rapat macam mana pun saya rasa takkan tergamak nak panggil nama-nama manja “sayang” atau “dear” atau “darling” pada kawan baiknya. Silap-silap dua-dua orang akan termuntah berbakul-bakul…ahah!:)

Akhir sekali, kalau kawan perempuan adalah perkara biasa untuk keluar shopping berdua, atau makan di luar berdua. Makan di fast food berdua, atau tempat2 yang macam nampak cosy ,contohnya di Kenny Rogers – (bila nak pergi lagi Munie?😉 hehe) atau di mana-mana lah, tak kisah saja keluar makan berdua.

Tapi, lelaki saya lihat sangat sangat jarang yang keluar makan berdua. Paling kurang mesti bertiga. Biasanya mereka akan makan atau keluar beramai-ramai. Kalau berdua pun selalunya ke kelas saja. Kalau nak makan di tempat-tempat fastfood, tak mungkin akan makan berdua. Kalau ada, mungkin sangat minoriti jumlahnya.

Seorang lelaki pernah berkata pada saya (ketika itu kami sedang makan di McD) , “Saya jarang makan kat tempat2 macam ni. Selalu makan kat kedai mamak saja…” Lalu, saya tanyakan balik “Tak pernah makan dengan *Ali?” (Ali adalah kawan baiknya yang sangat sangat akrab). Terus berubah mukanya. “Hisshhhhh…mana ada nak makan fastfood dengan *Ali. Makan dengan mangkuk tu buat apa…pelik arh!” See? Even the idea untuk makan berdua dengan kawab baik sendiri di fastfood atau di restoran adalah satu idea yang sangat asing. Sangat pelik. Sangat mengarut bunyinya.

Saya rasa mungkin kerana perempuan lebih terbuka dalam meluahkan emosi. Selalunya antara kawan baik, semua benda akan dicerita. Akan dikongsi bersama. Jadi, persahabatan itu jadi sangat sangat rapat.

Dan lelaki pula mungkin agak tertutup tentang perkara-perkara yang membabitkan emosi. Mereka lebih senang untuk bergembira tapi bila sedih, mereka akan simpan sendiri2. Lagipun, mungkin pada mereka tak macho lah nak menangis2 di bahu kawan.

Tapi, ada persahabatan antara lelaki yang sangat akrab. Akrab mereka lebih unik dari biasa. Selalunya, mereka yang bersekolah di ‘all-boys’ school yang ada persahabatan istimewa ini. They develope a brotherhood bond that no one can take it from them.

Sebenarnya, tidak ada apa yang perlu dihairankan pun di sini. Kerana memang lumrah lelaki dan perempuan diciptakan sangat sangat sangat berbeza. Sebab itulah mereka saling melengkapi. Macam jigsaw puzzle. Dua jigsaw puzzle yang sama bentuknya mana boleh saling melengkapi, betul tak?

Walau apa pun, ini cumalah pandangan peribadi saya tentang persahabatan lelaki dan perempuan. Kalau salah, silalah tegur. Saya sentiasa terbuka dan menerima apa saja kritikan membina.;)

Lastly, I miss u lah Uena…hahahaha! =P

Nota kaki: *Didi, *Lili dan *Ali bukan nama sebenar.

 
5 Comments

Posted by on July 23, 2008 in Manusia, Peribadi, Saja Mengada

 

5 responses to “Saya.Kamu.Berbeza.

  1. Uena

    July 23, 2008 at 11:08 pm

    hahaha…kak sue pon da ‘menglemerkan’ una lam blog kak sue ni. malu i~~ hek3😛
    yerp.. 2 best friend (guy) mmg jrg r nmpak b’dua-duaan. tp, ade tau lelaki yg jln b’2 or pegi memana pon b’2. and at the end most of peps ckp dorg gay! sian jugak.. tp, dorg ni xamik kesah sume tu… n yg bagus nye, dorg wat bodo jeee. kdg2 una pon pk dorg gay!! alamak, t’lebih suda~😛

    last but not least… mmmuuaahhhhx3 <– agak2 ade x org laki buat cani kt kwn dorg ek…?:P

     
  2. sUe

    July 24, 2008 at 12:31 am

    hehe…lelaki jalan ber2 pergi kelas or makan kat cafe tu kak sue rasa biasa jek..sbb maybe rumet kan…and kebetulan satu course.

    tapi,yg jarang2 nampak tu lelaki makan berdua di restoran2 yang cam cosy sikit tempatnya (cam kat Kenny Rogers ke..Secret Recipe ke..Pizza Hut ke..) or kat fastfood cam McD ngan KFC ke..jarang sangatla nampak…tapi girls biasa jek makan tempat2 camni berdua.

    last but not least..mmmuuaaahhhh jugaks!! (konfem2 takde lelaki wat camni kat kawan diorg..tapi dlm bilik tu xtau la… ahahaha… hish,mengarut222..uena la ni…hehehe🙂 )

     
  3. nursakinah abdul rahman

    November 14, 2008 at 10:00 pm

    kak sue…nak muaahhh gak..lame x muaaahhhhxx ngn kak sue…ngeh3..rindu kamu!

     
  4. sUe

    November 15, 2008 at 11:35 am

    hahaha…rindu kamu jugak skinah!!

    muaahhhhh 10x!!

     
  5. laila

    April 9, 2009 at 4:25 am

    slm

    betul.sy setuju dgn kata-kata kamu.dunia kita berbeza.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: