RSS

Senyuman manis “dia” yang tidak saya kenali…

21 Jul

Dia senyum pada saya. Senyumannya manis sekali.

Saya tidak kenal dia. Tidak pernah pun terjumpa dia di mana-mana. ( bukankah saya agak blur bila bab mengecam orang?).

Tapi, dia yang tidak saya kenali itulah yang melontarkan senyuman manisnya pada saya. Semasa saya dalam perjalanan ke cafe. Penampilannya ayu dan sopan sekali. Dia bertudung labuh dan berbaju kurung… ( entah kenapa, entri saya sejak akhir-akhir ini tentang tudung labuh…huhu). Dia berjalan bersama seorang lagi kawannya.

Kerana dia pemurah dengan senyuman, lantas senyumannya saya balas dengan senang hati. Bukankah senyum itu satu sedekah?

Sebetulnya saya sudah ternampak dia. Dari jauh lagi. Dan dia juga sudah nampak saya. Dari jauh lagi. Saya ternampak dia ada membisikkan sesuatu kepada kawannya di sebelah. Lantas, kawannya juga berpaling melihat saya ketika saya berselisih dengan mereka. Seolah-olah dia kenal saya dan mahu menunjukkan saya pada kawannya. Tapi, kawannya itu tidak senyum. Dia yang senyum.

Dan saya memang langsung tidak kenal dia. Saya jadi hairan. Dia kenal saya kah?

Tiba-tiba jantung saya jadi berdebar-debar. Saya rasa gementar semacam. Bulu roma saya meremang. Darah menyerbu-nyerbu ke kepala. Adakah itu “dia”?

“Dia” yang mengenali saya tetapi tidak pula saya kenali.

Saya berdoa sungguh-sungguh supaya tidak bertembung dengan “dia” di UTP ini. Saya tahu “dia” ada di sini tapi saya tidak tahu bagaimana rupa “dia” dan tidak mahu tahu pun sebenarnya. Saya tidak mahu kenal atau berkenalan langsung dengan “dia”.( walaupun saya rasa “dia” kenal dan tahu siapa saya )

Mimpi ngeri saya di UTP ini ialah andai kata saya sedang berjalan dan tiba-tiba ada seorang perempuan datang dan memperkenalkan dirinya pada saya ” Hai, awak Suhaila kan? Awak tak kenal saya tapi saya kenal awak. Sayalah pelajar master jurusan teknologi maklumat itu.” Uh ouh… mungkin saya akan pengsan atau terkena sawan khinzir di situ juga.

Kerana saya sungguh sungguh tidak mahu berjumpa dan kenal siapa “dia”. Bukan kerana saya tidak menyukai “dia”. Jauh sekali kerana saya membenci “dia”. Tapi, saya cuma belum bersedia untuk berjumpa “dia”.

Mungkin kerana hati yang dirobek-robek dulu masih belum sembuh sepenuhnya. Mungkin juga kerana kenangan-kenangan lalu masih belum mampu dibuang sepenuhnya. Mungkin juga kerana jiwa yang bagai disiat-siat dulu masih terasa pedih dan peritnya.

Jadi, kerana itulah saya masih belum bersedia. Percayalah, saya masih mencari kekuatan untuk menerima “dia” dalam dunia saya. Untuk akhirnya bertentang mata, bersalam, berpeluk dan membisikkan pada “dia” ” Tahniah, sememangnya kamu wanita sempurna. Semoga berbahagia.”

Tapi, bukan sekarang masanya. Kerana saya masih belum cukup kuat untuk itu semua. Arkh…lemahnya saya. Tunggulah, lambat laun pasti kita akan bersua. InsyaAllah….

Tuhan…berikanku secebis kekuatan…

 
1 Comment

Posted by on July 21, 2008 in jiwa kacau, Peribadi

 

One response to “Senyuman manis “dia” yang tidak saya kenali…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: