RSS

Pengumuman Hutang

21 Jul

Saya terjumpa hadis ini di internet:

Rasullullah s.a.w bersabda:

Maksudnya: “Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.

(Hadis riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Ibni Hibban)

 Sebab itu saya sedang mencari seorang kenalan zaman sekolah rendah dulu. Namanya Ahmad Shahir ( atau Shahid? ). Saya tidak ingat nama penuhnya. Tapi yang saya pasti, namanya Ahmad Shahi_ ( maaf, huruf terakhir saya tidak ingat sama ada huruf “r” atau “d”)

Kepada saudara Ahmad Shahid @ Shahir, yang duduk di belakang saya dalam bilik darjah 1 Biru di Sek Keb Patani Jaya, Sungai Petani. Jika kamu terbaca blog ini, silalah hubungi saya. Kerana saya ada hutang dengan kamu yang mahu dilunaskan atau mahu minta kamu halalkan.

Walaupun saya yakin kamu sudah lupa (kalau pemiutang lupa, masih belum dikira halal kan?), tapi saya sebagai penghutang masih ingat hutang itu. Saya tidak mahu kerana wang yang seciput itu akan memberatkan timbangan dosa saya di padang Masyar nanti.

Atau sesiapa yang kenal Ahmad Shahir @ Shahid ini, yang pernah bersekolah di SKPJ, mohon hubungi saya.

Dan, sesiapa saja yang pernah saya hutang dia ( janji hutang itu memang betul – tolong jangan mengadakan hutang yang tidak ada ), bolehlah dituntut pada saya. Sementara saya masih bernyawa ini. Sementara Tuhan masih sudi memberi saya peluang untuk bernafas lagi. Supaya nanti roh saya tidak tergantung-gantung bila mati.

Dan kepada sesiapa yang pernah berhutang dengan saya tetapi saya tidak ingat dan masih belum melunaskan hutang anda, tidak mengapa. Saya  halalkan hutang anda.

p/s: Bagaimana mahu bayar hutang pinjaman…uh ouh…harap2 saya sempat hidup untuk melunaskan SEMUA pinjaman PTPTpu…:(

 
Leave a comment

Posted by on July 21, 2008 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: