RSS

Layout baru

20 Jul

Hoyeh…saya dah tukar lay out baru. Sebab lay out yang sebelum ni macam tak berapa sesuai jer dengan tajuk blog ” Lompat Ke Bintang “ tu. Layout baru ni rasanya lebih sesuai kot. ( Ada gambar bintang banyak2 tu kira sesuai la…) Lagipun dia dah keluar tagline.🙂

Saya baru pulang dari Taman Maju. Bershopping baju dengan Munie. Saya cuma menemankan Munie mencari-cari baju. Sambil membelek2 baju, saya terjatuh hati pada satu jubah ni. Warnanya maroon dan memang cantik yang amat. Lama jugalah saya membelek-belek jubah itu.

Seumur hidup saya memang tak pernah pun memakai jubah. Ke mana-mana saya lebih selesa ber t-shirt dan berseluar jeans. Atau ke kuliah lebih senang berbaju kurung saja. Jadi, bila tengok jubah yang tersangat cantik itu, saya mula terfikir ” Bila nak pakai jubah ni? Takkan pergi kuliah kot…” Tapi, akhirnya saya fikir2 mahu pakai untuk Hari Raya nanti ( awalnya fikir pasal raya…puasa pun belum..=P)

Lepas itu, saya tanya pendapat Munie. ” Munie, ok tak Kak Sue nak pakai jubah ni untuk raya?” Terkejut beruk Munie jadinya. ” Serius kak Sue? Seriusss? Kena kuatkan iman kak sue!” Saya hampir tergolek-golek ketawa melihat reaksinya. Pendapat Munie dan saya dalam memakai jubah rupanya serupa. Wanita yang berjubah sama seperti wanita bertudung labuh. Bukan boleh suka-suka hati menyarung jubah dan tudung labuh kalau iman belum cukup di dada. Kalau nafsu pun belum boleh dikekang sepenuhnya. Kalau akhlak pun entah macam apa. Piawainya tinggi. Dan saya rasa saya masih belum mencapai tahap piawai itu lagi…haish~

p/s: Sebab itu saya jadi marah bila keluar muka depan surat khabar, seorang pelajar sekolah agama bertudung labuh dihadapkan ke mahkamah kerana menggugurkan anak. Sebab saya amat menghormati wanita2 yang berpakaian penuh menutup aurat ini. Saya memandang tinggi pada golongan muslimah sejati ini. Sebab saya sendiri rasanya tak tergamak nak menyarung tudung labuh dan jubah sebelum membersihkan diri yang ‘kotor’ ini. Tapi dia suka-suka jer bertudung labuh tapi buat maksiat merata-rata. Macam pakaian itu tak bawa makna sedikit pun pada dia.😦

 

 

 
Leave a comment

Posted by on July 20, 2008 in Manusia, Refleksi

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: