RSS

Kenapa Saya Bertudung?

19 Jul

Photo credit to Tahir Ansari from Flickr

Photo credit to Tahir Ansari from Flickr

“Eh, itu budak free hair yang dulu bertudung dan berjubah tu kan?”

tanya seorang teman yang masuk ke bilik saya. Budak free hair yang dimaksudkan ialah salah seorang housemate saya.

“Entah. Tak tahu pulak.” Sungguh saya memang tidak tahu. Saya memang sedikit blur bila disuruh mengecam orang. Malah, sampai sekarang student batch Jan 04 yang cuma seratus lebih orang itu pun saya tak khatam lagi nama-nama mereka.

Lagipun, saya memang tidak mengambil tahu siapa yang bertudung dan siapa yang membukanya pula selepas itu. Bagi saya, tiada apa yang perlu dihairankan. Seperti mana mereka yang tidak bertudung kemudian mengenakan tudung tidak dipandang pelik, jadi begitu juga dengan mereka yang bertudung kemudian mengambil keputusan untuk free hair pula juga tidak pelik bagi saya. Bukankah sekarang tudung itu dianggap hanya sekadar fesyen semata-mata? Lagipun siapalah saya untuk mengadili orang lain yang tidak bertudung? Entah-entah catatan amal belah kanan mereka jauh lebih banyak dari saya yang bertudung ini…wallahua’lam.

Saya pernah melihat sebuah video yang dibuat pelajar MMU bertajuk “Kenapa saya bertudung?”. Di situ ada pelbagai alasan kenapa wanita bertudung. Ada yang kerana fesyen, ada yang sebab betul2 mengikut hukum Islam, dan ada juga yang bertudung tapi jari masih mengepit rokok.

Kemudian, saya terjumpa pula entri ini ketika sedang menyewa di halaman Tuan Tanah  membuatkan saya juga terilham untuk mengimbau kembali kenangan ketika saya mula-mula bertudung.

Photo credit to nilton ramos quoirin

Photo credit to nilton ramos quoirin

Terus-terang saya katakan, sebab awal saya bertudung adalah kerana terpaksa. Seingat saya ketika itu saya berumur 7 tahun. Hari pertama saya bersekolah. Saya memang sudah set dalam minda tidak mahu bertudung ke sekolah. Kerana saya sudah merasa bertudung semasa di Taski ketika berumur 6 tahun.

Saya ingat lagi, saya bangun awal-awal pagi dan sudah excited bersiap di depan cermin. Masa itu saya tidak sabar-sabar mahu menayang rambut saya yang panjang hampir mencecah  pinggang itu. Saya juga sudah berkira-kira mahu menyuruh emak me’nocang-dua’kan rambut saya dan diikat dengan riben biru. Macam yang mak buat pada kakak semasa dia Darjah 1 dulu.

Kemudian, entah apa mimpinya, kakak datang memujuk-mujuk dan memaksa saya bertudung bersama dengan dia. Kerana dia sudah bosan bertocang-dua-beriben-biru ke sekolah. Dan, sebab dia senior saya dan takut dibuli (masa saya kecil2 saya memang selalu dibuli kakak…uhuks!), dengan pasrahnya saya pun bertudung walaupun hati saya sangat memberontak ketika itu. Dan emak pula mengenakan syarat – kalau darjah 1 bertudung, mesti terus pakai sampai Darjah 6. Kalau tak nak pakai, jangan pakai sampai darjah 6. Maka, kekallah saya bertudung sampai Darjah 6. Maka, terbanglah impian saya untuk bertocang-dua-beriben-biru ke sekolah.

Tapi, impian keji saya itu masih tersimpan rapi di lubuk hati. Jadi, semasa Pendidikan Jasmani, saya dengan girangnya menayang rambut saya. Malah, semasa Darjah 3 saya selesa saja tidak bertudung dan berseluar pendek sambil berbasikal ke kedai mamak.

Semasa darjah 5, sekali lagi kerana ajakan kakak, saya bertudung sepenuhnya di luar rumah. Walaupun masa ini masih lagi ikut mood. Sekejap bertudung sekejap tidak. Tapi, darjah 6 saya sudah pun betul-betul bertudung di sekolah dan juga ketika keluar ke mana-mana.

credit photo to guzi4real on flickr

credit photo to guzi4real on flickr

Kemudian, saya masuk ke sekolah asrama. Di sinilah baru saya betul-betul belajar tentang penutupan aurat dengan sempurna. Sudah belajar untuk cuma memakai baju berlengan panjang. Lagipun, kami selalu ada usrah-usrah dari kakak senior yang menegaskan kewajipan menutup aurat dengan sempurna.

Kemudian, sekali lagi kerana ajakan kakak, saya mula bertudung di depan sepupu dan bapa saudara ipar ( adik ipar kepada emak). Semasa itu di tingkatan 4 seingat saya. Jadi, setiap kali balik kampung di Selangor, kalau ada sepupu atau pakcik berpangkat ipar kepada mak, kami berdua akan bertudung.

Mungkin kerana janggal melihat kami yang bertudung saja di dalam rumah, nenek pernah bertanya ” Tak panas ke bertudung saja?” Nada suaranya seperti annoyed dengan kami. Tapi kami diamkan saja atas dasar hormat kepada orang tua.

Tidak kami sangka, tindakan kami bertudung menyebabkan seorang bapa saudara kami berkecil hati. Mungkin kerana dia fikirkan dia yang menjaga saya dan kakak sejak kecil, jadi tidak ada apa yang perlu di”malu”kan dengan dia. Mungkin pada pandangannya, tindakan kami bertudung di hadapan dia seolah-olah menyebabkan dia seperti orang asing pula. Pernah dia merajuk dengan kami hinggakan jika kami ada di rumah nenek, dan kebetulan dia dan keluarga datang melawat, dia tidak akan masuk ke dalam rumah dan cuma melepak di buaian saja.

Tapi, lama kelamaan dia dah boleh menerima tindakan kami. Mungkin fikirnya, selama mana pun dia mahu merajuk kerana walau bagaimanapun kami memang wajib bertudung di hadapannya. Kadang-kadang makcik kami yang akan bagi warning sebelum dia masuk ” Akak! Adik! Cepat cari tudung. Husband makcik nak masuk ni…” dan kami pun kelam kabut mencari tudung.

photo credit to right to hijab on flickr

photo credit to right to hijab on flickr

Sebetulnya, saya perlu berterima kasih kepada kakak saya. Jika bukan kerana dia memaksa dan mengajak saya, mungkin saya masih lambat untuk mengenakan tudung. Walaupun pada mulanya seperti terpaksa, tapi bila dah lama diamalkan, dah jadi satu kebiasaan pula. Sama seperti solat. Pada mulanya mungkin berat, tapi kalau kita faham yang itu adalah wajib hukumnya dan mesti dilakukan, nak tak nak kita mesti buat.

Saya akui pemakaian tudung saya masih belum sempurna. Tudung masih diselempangkan sesuka hati dan kadang-kadang kalau rambut saya basah, saya tidak memakai anak tudung ( tetapi saya pastikan tudung yang saya pakai berwarna gelap dan tidak jarang ).

Dulu, saya pernah cuba-cuba memakai tudung labuh. Itu pun kerana pemberian seseorang yang katanya perempuan idamannya ialah yang “memakai cermin mata-berwajah ke’cina’an-bertudung labuh”. Jadi, demi cinta (kononnya), saya memakai tudung labuh yang diberikan. Tapi, itupun cuma bertahan sehari. Kerana saya merasakan terlalu amat hipokritnya saya ketika itu.

Bagi saya, tudung labuh cuma layak dipakai oleh wanita yang betul-betul baik, suci zahir dan batin dan betul2 terjaga akhlaknya. Sedangkan saya ketika itu tidaklah sebaik mana. Malah, masih keluar berdua dengan teman lelaki. Jadi, saya rasakan jika saya bertudung labuh seolah-olah satu penghinaan kepada wanita2 lain yang betul2 bertudung kerana agama.

Hipokrit.

Mungkin itu yang dirasakan oleh sesetengah orang yang memakai tudung kemudian membuangnya semula. Kerana merasakan diri tidak layak dan tidak semulia mana. Sebab itulah, acap kali kita mendengar kata-kata “Tunggu sampai seru”.

Jadi, saya tidak salahkan orang yang merasakan belum bersedia untuk bertudung. Buat apa bertudung kalau hati sentiasa tidak tenang dan merasa diri hipokrit yang amat.

Tapi, seperti nasihat seorang sahabat semasa saya praktikal dulu. Katanya    ”  Kita manusia memang sentiasa mempunyai naluri untuk berubah ke arah kebaikan. Jadi, kenapa perlu menunggu ‘seru’ itu datang pada kita? Cubalah berusaha ke arah itu sedikit demi sedikit…”

Kerana itu, saya sentiasa mengingatkan diri untuk berubah ke arah kebaikan, sehari demi sehari. Walaupun kadang-kadang saya juga mudah lupa dan lalai dengan dunia. Jadi, saya rasakan jika tidak bersedia, cubalah berusaha supaya kita boleh bersedia.

Ini juga sebenarnya peringatan pada saya sendiri untuk berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih diredhai…insyaAllah..

p/s: saya memang tabik spring pada ‘ saudara baru’ perempuan kerana saya rasakan cuma dengan keteguhan iman dan kekuatan hati saja mereka mampu untuk mempertahankan aurat di kalangan kaum keluarga yang bukan Islam.

 

 
13 Comments

Posted by on July 19, 2008 in Manusia, Nostalgia, Uncategorized

 

13 responses to “Kenapa Saya Bertudung?

  1. Uena

    July 20, 2008 at 4:51 pm

    terasa insaf sebentar. tika diri ini mula alpa dgn mainan dunia… sedar tidak sedar, begitu byk kekurangan yg harus diperbaiki lagi…

     
  2. sUe

    July 22, 2008 at 10:08 am

    hoho…ni bukan entri dakwah..xberniat nak berdakwah kat sesiapa… just tetiba nak mengimbau balik zaman memula pakai tudung dulu..huhu

     
  3. copyninja

    August 20, 2008 at 3:30 pm

    nice one su… spot on!

     
  4. sUe

    August 20, 2008 at 3:36 pm

    haha..apa yang spot on nyer amir…spot light ada la…ngeee😉

    amir, saya link blog awak juga k?

     
  5. ZAFIR (Beret Hijau)

    May 1, 2009 at 4:25 am

    Assalamu’alaikum sue..

    Pakai tudung pun tapi kalau pakai t-shirt lengn pndek atau ketat, lebih baik tak payah pakai tudung. Serupa mcm pakai tudung tapi tak pakai baju !..Begitulah pndapat saya…

     
    • sUe

      May 1, 2009 at 5:54 am

      waalaikumussalam
      terima kasih atas pendapat anda.
      semua org ada pendapat masing2 tentang pemakaian tudung ini..
      mungkin bagi mereka yg bertudung tp masih berlengan pendek itu,
      apa yg mereka fikir “sekurang2nya aku bertudung.dosa tak pakai tudung dah lepas”
      saya kata ‘mungkin’ itulah pendapat mereka.
      sbb saya sendiri pun tak berapa pasti apa alasan mereka yg sebenarnya..
      hurm….

       
  6. kabus

    July 3, 2009 at 5:22 pm

    lame tak nampak cik sue (err..snarnye kak sue)

    menarik..!

    mula2 rasa terpaksa, lepas tu okela..
    time saya, bila dah wajib barula pakai dgn sempurna.
    kalo x, gi kedai xpakai lagi. nak jalan baru pakai. hehe.

    cuma kadang2 kita sendiri terlupa, itu adalah undang2 yang bukan dibuat oleh manusia..

     
    • sUe

      July 4, 2009 at 8:48 am

      yer betul tuh…
      nak tak nak memang kena buat jugak…
      saya pun dulu terpaksa tapi skrg kalau tak pakai jadi tak selesa.

      terima kasih sbb masih sudi jenguk sini…
      awk pun rupanya dah public kan blog.
      baru saya perasan…hehe..🙂

       
  7. julia

    April 22, 2010 at 1:22 pm

    Youve written a very nice piece. i enjoyed reading it so much.

     
    • sUe

      April 26, 2010 at 3:46 pm

      aww…thank you…🙂

       
  8. nisa' pg

    April 28, 2010 at 10:26 am

    nice!
    boleh dijadikan panduan remaja.
    Nak buat apa pun kena ada ilmu. Kena faham kenapa bertudung..kan? Kalau faham, nak keluar rumah ke, sepupu dtg ke.. nak sidai baju kat depan pintu ke..dah faham dah yg aurat tu mmg kena jaga. Allah ada kat mana2. Jgn kat certain tempat je nak pakai.
    Macam pakai baju ketat tapi bertudung..hmmm, tak faham lah tu apa maksud aurat. kalau faham takkan nak dibuat juga , kan. Nak masuk Islam tiada paksaan. Once we are moslem…just follow the rules.
    ISLAM SAVE UMMAH

     
    • sUe

      June 15, 2010 at 11:04 am

      thanks!🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: