RSS

Buku dan buku

19 Jul
Laskar Pelangi

Laskar Pelangi

Saya baru selesai membaca Laskar Pelangi by Andrea Hirata. Bukunya buat saya ketawa riang ria kerana bahasanya penuh dengan humor yang bersahaja. Cuma di akhir-akhir bahagian, ceritanya sudah semakin menyedihkan.

Ceritanya tentang Ikal ( iaitu Andrea Hirata sendiri) bersama 10 kawan-kawannya mengharungi dunia magis zaman kanak-kanak. Bagaimana mereka bersungguh-sungguh mahukan pendidikan walaupun berada dalam keadaan serba kekurangan.

Membaca buku ini membuatkan saya terus memesan 2 buah lagi buku karya Andrea Hirata iaitu Sang Pemimpi dan Edensor dari Ujana Ilmu. Saya harap saya tidak dilabel sebagai tidak patriotik kerana menyukai karya-karya penulis Indonesia…huhu.

Sebenarnya saya masih menggemari karya2 Shahnon Ahmad, Othman Puteh, Usman Awang dan A Samad Said. Cumanya, entah kenapa karya-karya penulis muda seperti Faisal Tehrani agak kurang masuk dengan saya. ( Tapi, saya ada membaca novelnya Tuhan Manusia dan masih mahu dan akan membeli Tunggu Teduh Dulu.)

Sekarang saya sedang cuba menghabiskan 2 buku yang saya beli di JJ tempoh hari. (itupun kerana ada diskaun 50%).

1. Liars and Saints by Maile Meloy – saya masih tak dapat nak habiskan…the story is good though cuma tak tahu kenapa ia kurang menyengat di jiwa saya.

2. The Whore’s Child by Richard Russo – lagi sekali, entah kenapa gaya bahasa dan jalan cerita pemenang Pulitzer Prize ini tidak berapa kena dengan jiwa saya. Jiwa saya sebenarnya macam mana? Huhuhu…

Saya berjumpa satu website ini yang bagus untuk mencari buku-buku terkini dan masukkan dalam katalog – The Library Thing.

Sekarang buku yang ingin saya baca ialah A Thousand Splendid Suns by Khaled Hosseini, The Book of Ruth by Jane Hamilton, Ayat-Ayat Cinta by Habiburrahman El-Shiraazy dan To Kill A Mockingbird by Harper Lee ( orang lain dah baca buku ini dari dulu dulu dulu lagi. Saya saja yang baru nak baca…haih)

Ouh, saya baru tahu Laskar itu maksudnya askar laut. Ayah saya yang beritahu. Miskinnya tatabahasa saya rupanya. Adesh…

 
Leave a comment

Posted by on July 19, 2008 in Buku

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: