RSS

Perubahan zaman

18 Jul

Woo…saya sudah ada rumet. Sebelum ini satu semester saya tinggal seorang. Memang diakui agak selesa sebab saya boleh kuasai kedua-dua jajahan bilik. Hohoho…Walaupun begitu, saya tidak kisah pun sebenarnya ada rumet atau tidak. Kalau ada pun ok. Kalau tak ada pun tak mengapa.

Bercerita tentang rumet ini, baru-baru ini semasa cuti mak bercerita pada saya tentang zaman dia di universiti dulu. Percaya atau tidak, mak saya dulu serumah dengan pelajar LELAKI! Wahhh…terkejut badak sumbu bila saya tahu ceritanya. Macam tak percaya saja. Banyak kali saya tanya “Betul ke mak?? Seriusss?? Betul kee??” Dan mak saya mengangguk bersahaja.

Ceritanya begini. Di IPTA tempat mak belajar masa itu cuma diberikan rumah sewa dua tingkat. Dan semua rumah pelajar perempuan dah penuh. Jadi, mak dan seorang kawan perempuannya di’assigned’ oleh pihak U untuk duduk serumah dengan 4 orang pelajar lelaki. Mak dan rumetnya menyewa bilik bawah. Yang lelaki menyewa 2 bilik atas.

Tambah mak lagi, pelajar2 lelaki yang serumah dengan mak memang sangat baik dan menghormati mak dan kawannya sebagai perempuan. Pendek kata, diorang memang tak pernah la nak ambil kesempatan. Yang lagi menarik, setiap hari mereka akan makan beramai2. Yang lelaki akan belikan barang dapur dan mak dan kawannya akan masakkan. Kadang-kadang kata mak, bila pelajar lelaki punya giliran untuk memasak, masakan diorang lagi hebat dari mak. Huhuhu…

“Mak tak takut kena serbu dengan JAIS ke mak?” tanya saya penuh minat. “Tak adelah. Masa tu mana ada serbu2 ni. Lagipun pihak U yang bagi. Tapi, bila mak fikir2 balik memang pelik jugak kalau banding dengan zaman sekarang ni. Tapi tak tahu kenapa, masa itu tak rasa apa-apa pun. Rasa biasa saja.” kata mak.

Bila dengar mak bercerita begitu, saya jadi sangat pelik. Macam tak percaya pula mak dulu belajar di Malaysia. Sebab sejak saya bersekolah sampai sekarang, gender segregation memang sangat ditekankan. Di asrama, mana ada pelajar putera boleh suka-suki masuk aspuri walau sekadar nak melepak atau borak-borak kosong. Di uni pun sama. Kawasan asrama memang strictly prohibited kepada mereka yang berlainan jantina.

Barulah dapat saya rasakan memang sangat berbeza zaman dulu dengan sekarang. Masa zaman 70-80an dulu, jarang sangat wanita bertudung. Malah, tingkatan 5 masih ber’skirt’ dan berseluar pendek. Kalau bertudung dianggap sebagai ekstremis. Tapi, yang peliknya, tak ada pula gejala moral yang melampau pada zaman itu. Tidak ada parti2 liar, rogol yang berleluasa, kes buang anak, sumbang mahram dan macam-macam lagi. Sebab itu, JAIS diorang tak banyak kerja…huhu.

Berbeza pula dengan zaman sekarang. Bertudung dah diwajibkan di sekolah. Lebih ramai wanita yang bertudung sekarang ini. Sekolah agama juga banyak ditubuhkan. Tapi, yang pelik bin ajaibnya, banyak pula gejala sosial. Malah, ada satu berita tu, pelajar sekolah agama sendiri yang menggugurkan anak. ~haish…terbalik pula jadinya.

Mungkin ini harga yang perlu dibayar dengan kemajuan yang kita capai. You gain something, you lost something. Apa-apa pun, saya tetap letakkan kesalahan pada individu. Kalau individu itu memang kuat iman, campaklah di kota paling maju di dunia tetap tak akan jadi apa-apa. Tapi, kalau dah tak ada iman, campak ke hutan, dengan kambing biri-biri pun jadi…hishhh!

 

 
Leave a comment

Posted by on July 18, 2008 in Dunia, famili

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: