RSS

3. Omran

Ini kisah berpuluh tahun yang lampau. Ada seorang anak kecil, umurnya 5-6 tahun, sedang bermain dengan adik perempuannya. Di ruang tamu di hadapan tv. Tiba-tiba siaran berita menunjukkan tentang peperangan Bosnia dan Serbia. Letupan, debu, mayat, dan darah merata-rata.

Untuk sebuah jiwa yang masih naif seperti anak kecil tadi, dia akan tertanya-tanya “Kenapa? Kenapa? Kenapa Tuhan biarkan semua orang itu mati? Kenapa?”

Akhirnya, dia membesar menjadi seorang ‘agnostik’ – iaitu satu kepercayaan bahawa ‘tidak pasti Tuhan itu ada atau tidak jadi saya memilih tidak mahu beragama’

Betapa besarnya impak sebuah peperangan – boleh mengubah akidah dari beragama Islam kepada ketidakpercayaan kepada ketuhanan. Kerana baginya, jika Tuhan itu ada, pasti, Dia yang Maha Pengasih takkan membiarkan kanak-kanak dan wanita dan orang tua yang tak bersalah itu mati bergelimpangan begitu.

Itu baru melihat peperangan di televisyen. Bagaimana agaknya perasaan kanak2 yang menghadapi peperangan? Bayangkan betapa besarnya kesan ke atas diri mereka, psychologically, mentally, physically. Mereka boleh memilih untuk menjadi seperti phoenix – bangkit dari abu dan menjadi manusia yang mengubah dunia. Atau mereka mungkin memilih untuk menjadi depresi dan menyalahkan takdir dan mungkin, terjerumus ke lembah yang lebih menghancurkan. Dan ini bukan salah mereka.

Untuk tangan-tangan yang memusnahkan, menghancurkan, dan merosakkan jiwa-jiwa suci ini, kamu pasti, pasti akan ditanya Tuhan. Dan moga balasan Tuhan yang lebih dahsyat tersedia untuk kamu.

 
Leave a comment

Posted by on August 19, 2016 in Uncategorized

 

2. Tahun 2009

Entri ini saya jumpa semasa menggodek-godek ruangan draft. Tak pasti kenapa entri ini tidak saya publishkan.

Jadi, saya publish sahaja sekarang.

Hari itu. Semasa sedang mengajar di depan kelas, tiba-tiba dia berhenti. Dia senyum ceria. Katanya ” Today is my anniversary“. Dia senyum lagi. “Congratulation sir…” Kata kami. Sambungnya lagi ” We’ve been married for 27 years now and Alhamdulillah, it is still going strong” Mukanya berseri-seri gembira. Kami pun tumpang gembira untuk dia.

Hari ini. Semasa sedang mengajar di depan kelas, tiba-tiba dia berhenti. Dia senyum ceria. Katanya ” Today is my wife’s birthday” Dia senyum lagi. ” Happy birthday to your wife sir…” Kata kami. Sambungnya lagi “ Do you know any romantic place that I can take her to dinner?” Tanyanya dengan wajah berseri2. “To mamak place sir…” Sahut seorang pelajar lelaki, bergurau dengan dia.

Dia ketawa. Kami juga ketawa. Mukanya tetap berseri-seri.

Dan hari ini, aku telah berjumpa dengan suami idola aku. Dia, pensyarah aku. Aku mahu suami betul-betul macam dia. Yang ingatannya tidak putus2 kepada sang isteri walaupun sedang bekerja. Yang mukanya sentiasa berseri-seri bila bercerita tentang sang isteri. Ya, aku mahu suami betul-betul macam dia. Dia adalah suami idola aku.

Nota: Menjadikan dia idola bukan bermakna aku sudah jatuh cinta pada dia. Jangan salah faham. Aku kagumi dia. Lebih-lebih lagi pada cintanya pada sang isteri. Itulah yang paling-paling aku kagumi. Harap mereka bahagia selama-lamanya.

Semoga bekas pensyarah saya itu masih hidup, sihat dan bahagia hendaknya.

Oh, dan sudah tiada lagi istilah “suami idola” kerana saya pun sudah berkahwin sekarang. Ha ha!

 

 
Leave a comment

Posted by on April 18, 2016 in Uncategorized

 

satu

Ok, saya nak menulis semula.

I have been thinking about resuming my passion for blogging for quite some time now. It’s not that I want to write. It’s because I NEED TO WRITE. It is my therapy, my solace, my sanctuary.

Saya cuba juga menulis panjang-panjang ala-ala blog di laman Mukabuku tetapi perasaannya tidak sama. Menulis di sana ramai benar yang kenal kita. Dan apabila nenek saudara belah mak kau tiba-tiba like post kau, kau rasa semacam. Sebab kau baru teringat dalam Mukabuku kau bersahabat dengan setiap saudara mara dari susur galur tujuh keturunan keluarga kau dan ia buat kau tidak berapa selesa. Tambah lagi, saudara mara belah suami kau lagi. Itu lagi tidak selesa tahap infiniti.

Jadi, saya kembali menulis di sini.

Satu, kerana ini cinta pertama saya.

Dua, kerana pembacanya tidak ramai.

Tiga, kerana yang membaca kebanyakannya silent reader which I like it because you’re like a good listener, just listening without interrupting or moralizing or judging.🙂

Empat, sebab dua bloggers kegemaran saya, Tuan tanah dan Hana kirana pun rupanya dah sambung tulis blog balik!!!! <– tanda seruan sebab terlebih teruja!!!!! Bayangkan, lepas hampir dua tahun saya tidak menjengah blog mereka, rupanya sudah ada banyak entri terbaru. Macam Hanakirana dah ada sampai 80 entri hoccay!!! *menggigil menggigil*

Perasaan dia macam kau peminat fanatik sitkom FRIENDS tapi kau kena pindah Zimbabwe yang tak ada cerita tu, jadi melepek lah kau seorang diri terkulat-kulat di sana, melalui kehidupan seharian tanpa rancangan kegemaran kau. Sampai satu tahap kau lupa yang kau suka tengok cerita itu. Tiba-tiba lepas dua tahun, kau balik Malaysia, dan kau terkejut. Sebab FRIENDS dah masuk 2 musim baru dan ada lebih kurang 40 episod kau kena khatam dan habiskan malam ini jugak kalau tidak kau tak boleh tidur!!

Faham tak apa yang cuba saya sampaikan ini?

Faham tak? Faham tak?? (tanya banyak kali saja nak bagi annoying hahaha!)

Ok, jadi saya pun berfikir “Alamak dah ada 80 entri macammana mak nak habiskan baca semua ni noks!”*gigit jari* Tapi, saya dah habiskan jugak baca dalam satu hari. Yeay! (nasib entri banyak pendek-pendek…hihi)

So yeah, here I am writing again.

It’s like this blog is saying to me “Welcome back, Sue”

Or maybe it’s actually “Welcome home”

 
3 Comments

Posted by on March 31, 2016 in Uncategorized

 

Saya, suami dan ekzema (part II)

Sejujurnya saya agak terkejut. Dan berasa aneh. Ini kerana setelah hampir 8 bulan tidak menyentuh dan menulis walau sepatah aksara di blog ini, masih ada lagi yang sudi menjenguk ke sini. Graf pelawat juga walaupun tidaklah ramai, tapi rupa-rupanya masih ada.

Apa yang dicari sebenarnya?

Kemudian, setelah meneliti kata-kata carian manusia yang tersesat ke sini, dan membelek tulisan mana yang paling laku dibaca, rupa-rupanya tulisan saya tentang ekzema  yang paling menarik perhatian. Oh kasihan, ramai penderita ekzema di sini rupanya!😦

Oleh kerana itu izinkan saya menulis sepatah-dua-tiga-lebih-kurang-empat-ratus-patah kata mengenai ekzema, pengalaman saya yang pernah menderitainya, dan bagaimana saya akhirnya bebas (setakat ini, dengan izin Allah) daripada cengkaman keji ekzema.

Saya pernah menulis tentang bagaimana keadaan saya ketika mengidap ekzema, dan cara saya menghadapinya iaitu setelah berpuluh jenis ubat dan cream, ais kiub, cold pack, tuala yang direndam air suam dan segala macam petua saya guna untuk mengurangkan kegatalan ekzema di bahagian pelipat tangan, akhirnya, saya menjumpai petua yang benar-benar mujarab – iaitu green smoothie.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on February 26, 2015 in Uncategorized

 

Sahur pertama kami.

1 Ramadhan 1435 Hijrah

Pukul 5.45 pagi.

Alamak, alamak!!! Nasi tak masak lagi. Lauk tak panaskan lagi. Alamak, alamak!!! Nak sahur apa ni?

Tuang susu dalam mangkuk.

Buka peket Koko Krunch

Tuang dalam mangkuk susu

Baca doa makan.

 

 

Sekian, sahur pertama kami sebagai suami isteri. (T_T)

Ye, memang sadis.

 

 
2 Comments

Posted by on June 30, 2014 in Uncategorized

 

Gigit

Mungkin selepas ini perkataan ‘gigit’ atau ‘bite’ perlu digantikan dengan Luis Suarez.

Contoh ayat:

Datuk saya sudah tidak boleh meng’Luis Suarez’ sebarang makanan dan hanya mampu mengunyah perlahan-lahan kerana semua giginya sudah luruh.

Berhati-hati dengan kucing tu. Dia garang. Nanti tak pasal-pasal di”Luis Suarez”nya kamu.

Yummmyy….this cake is so delicious. Want a Suarez?

😛

Saya bukanlah peminat fanatik bola, tetapi tidak boleh tidak, saya mudah tertarik dengan benda-benda pelik begini.

Dan buat masa ini, tabiat beliau itu telah menduduki carta saya untuk benda paling pelik pernah berlaku di padang bola.

Mungkin beliau ada masalah psikologi. Mungkin.

p.s: Kata seorang kawan, gigi dia memang macam dilahirkan untuk menggigit orang. Huhu!

suarez_bite

 
Leave a comment

Posted by on June 29, 2014 in Uncategorized

 

Antara kurma dan limau mandarin

Di sebuah pejabat di sebuah negeri di sebuah negara di sebuah planet

Minah bertanya “Eh nak bagi ke hadiah kurma pada Lim Tat?”

Tipah menjawab “Eh bagila. Kan dia dah nampak kita edarkan kurma pada semua orang. Apa dia kata nanti. Dia seorang tak dapat. Lagipun mesti dia nak bekas tupperware yang kita guna untuk isi kurma tu “

Atan menyampuk “Ah tak payah bagi lah kat dia. Kalau dia tanya kita jawab ‘ni untuk orang Islam yang berpuasa je. You bukan Islam so tak boleh dapat.”

Tiba-tiba Tipah terfikir:

Bayangkan kalau kau seorang sahaja, satu-satunya orang Melayu yang beragama Islam bekerja di sebuah syarikat yang 100% bangsa Cina, dan pada Tahun Baru Cina kau tengok semua orang dapat limau mandarin. Bila kau bertanya limau untuk kau mana, kawan sekerja bangsa Cina itu menjawab:

“Eh limau ini untuk bangsa Cina yang beragama Buddha saja. You bukan orang Cina so you tak boleh dapat”

Agak-agak apa lah perasaan kita? Kalau tak rasa disiat belati mungkin bagai dihiris sembilu.

Nak bergurau boleh. Berlawaklah apa saja. Tapi selalunya – lawak-lawak rasis, dan menyentuh sensitiviti kaum, bangsa dan agama ini – lawak-lawak sebegitu, memang sangat tak professional dan tak matang.

Dan tak kelakar langsung pun.

Macam mana nak mengajak orang ke agama Islam kalau akhlak Islam kita pun macam entah apa-apa.

#notetomyselftoo

 
Leave a comment

Posted by on June 27, 2014 in Bengong, Kerja, Manusia

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 25 other followers