
Category Archives: Uncategorized
bumper sticker
“Are you as close to God as you are to my bumper?”
-As seen on someone’s bumper sticker.
-
pendapat
Saya lebih sanggup membeli barang yang mahal tetapi penjualnya peramah dan bersungguh-sungguh menarik perhatian saya daripada membeli barang yang lebih murah tetapi penjualnya dingin seperti ais batu.
Pernah juga saya membeli barang yang lebih mahal RM20 daripada kedai sebelah kerana kedai sebelah itu penjualnya menganggap saya seperti tunggul. Apabila ditanya itu dan ini tentang produk, beliau mengeluh sambil melayan saya hendak tak hendak.
Itu je nak bagitahu.
missing someone who is missing.
Kepada saudari Sakinah Tahir,
Siapa pun anda, di mana pun anda berada, saya cuma mahu beritahu:
Ada seseorang sedang merindui anda.
p.s: Sepertimana Tuan Tanah, saya juga suka benar membelek kata-kata carian manusia yang tersesat masuk ke sini.
public again.
Dah ‘un’private.
Thank you for your patience and understanding.
I greatly appreciate it.
BABI!!
Ok,
Saya ada beberapa persoalan.
Saya baru tahu bahawa memegang anjing itu dibolehkan, asalkan anjing itu kering. Itupun, saya dapat tahu daripada jawapan artis-artis yang kantoi terpampang gambar mereka memeluk anjing dengan penuh kasih sayang di internet, dan apabila ditanya oleh wartawan, mereka menjawab:
“Saya memegang anjing itu dalam keadaan kering. Jadi tidak perlu disamak.”
Ok, artis-artis pun lagi hebat pengetahuan agama dari saya.
Agak menyedihkan di situ. Huhu.
Jadi persoalan saya ialah;
Adakah perkara yang sama juga boleh diaplikasikan kepada makhluk Sus Scrofa (nama saintifik) atau Babi (nama manja)?
Kalau betul apa yang saya faham, maknanya kau boleh pegang babi tanpa perlu disamak, asalkan dalam keadaan kering, kan?
Jadi, jika saya (katakanlah) terpegang sebuah dompet kulit yang ada tiga bintik kecil (dot dot dot) yang saya yakin tanpa ragu-ragu lagi itu adalah kulit Cik Sus Scrofa, adakah saya perlu menyamak tangan saya, sedangkan dompet itu dalam keadaan kering?
Persoalan kedua adalah,
Jika saya (katakanlah sekali lagi) terpegang dompet kulit Cik Sus Scrofa, kemudian tanpa menyamak (sebab payah nak cari tanah dalam pasaraya) lantas memegang tangan kawan saya, adakah beliau juga turut ‘terjangkit’ kuman Cik Sus Scrofa dan terpaksa turut menyamak tangannya?
Ok, saya buntu. Pakar agama minta tolong jelaskan.
Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.
TQ
p.s: Tajuk adalah disengajakan di CAPS LOCK dan diletak tanda seruan (!!!) di hujung agar bunyi lebih sensasi. Mesti orang ingat saya tengah mengamuk dekat siapalah agaknya.
sindiket
Saya agak terkejut apabila Canyee memberi satu khabar berita.
“Ouh Sue, awak nak tau satu benda tak?” kata Canyee dalam perjalanan kami ke tempat kerja.
“Apa?”
Lantas dia beritahu, bahawa kawan yang baru dikenalinya, Prince berasal dari Nigeria, pekerjaannya adalah menyertai sindiket penipuan wanita-wanita gersang terdesak kesunyian tetapi kaya tak hengat sampai sangguplah bagi duit buta-buta kepada “kekasih” yang cuma dikenali dalam internet.
“Diorang boleh dapat sampai berjuta-juta, Sue” kata Canyee.
Ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang menghairankan. Kalau baca Harian Metro, ada satu musim itu penuh dengan berita kes penipuan ini. Malah saya pernah terbaca, warga Nigeria ini mempunyai ‘kelas tusyen khas’ di negara mereka, yang mengajar cara-cara mengguna komputer, internet, dan kursus Bahasa Inggeris intensif untuk membantu mereka mengarang ayat-ayat ‘power’ buat memikat wanita-wanita kaya yang kesunyian di Malaysia.
Malah, ketika pertama kali Canyee memberitahu tentang Prince yang baru dikenalinya, saya hanya mampu menasihati “Please be careful Canyee. Nigerians are not to be trusted.” Bukanlah bermaksud saya rasis, tetapi saya ada firasat yang tidak baik akan warganegara yang satu itu.
Dan semalam, saya membaca di akhbar, bahawa warga Nigeria juga telah menyeludup entah-berapa-puluh-juta dadah ke Malaysia. Dan itu adalah yang berjaya ditangkap, yang terlepas? Entah banyak mana.
“Dia mahu ajak saya sertai sindiket mereka. Saya boleh dapat duit banyak, katanya. Ouh tidak mungkin! Saya akan ke neraka jika saya ikut serta. Ouh Sue, saya jijik dengan pengakuannya.” kata Canyee sambil menggeleng-geleng kepala.
Jadi, saya cuma mampu menasihatinya supaya berhati-hati dan jangan berhubung dengan Prince lagi. Kerana silap-silap mungkin dia juga akan terperangkap.
“Ingat Canyee, kalau awak kena tangkap polis, saya akan kata tak kenal awak. ” gurau saya.
“Cis, ini namanya kawan? Pengkhianat!” katanya sambil menumbuk bahu saya.
Kami ketawa.
Tapi sejujur-jujurnya, saya agak risau dengannya.
Saya harap dia tidak apa-apa.
tudung
“Ada jual tudung bawal tak?”
“Tak ada”
“Ada jual tudung bawal tak?”
“Tak ada”
Saya fikir misi mencari tudung bawal sekarang ini sudah seperti pengembaraan menjejak Harimau Salji. Ini kerana, seperti mana Harimau Salji yang sudah semakin pupus di muka bumi, tudung bawal juga sudah semakin hilang ditelan dominasi tudung awning yang mula menguasai pasaran ekonomi tudung sedunia.
Apabila difikir2 semula, tudung awning itu memanglah lebih banyak kebaikannya daripada tudung bawal.
satu, ia tidak perlu digosok. Ini adalah kelebihan paling ketara. Dan untuk manusia seperti saya, yang pagi-pagi nak pergi kerja baru terkial-kial nak gosok baju, tudung ini adalah sesuatu yang memudahkan kerja.
Dua, tudung awning tidak jarang seperti tudung bawal. Jenis kainnya tidak memungkinkan untuk orang lain ternampak bayang rambut atau leher kau. Unless, angin lintang kuat tahap dewa dan buat tudung kau terbang terangkat, itu lain cerita.
Tiga, tudung awning tak perlu dibentuk-bentuk. Sebab ada kadbod keras di bahagian dahi, jadi ia akan nampak elok dan terletak sendiri. Tidak seperti tudung bawal yang perlu dikelebet-kelebet setiap masa dan ketika, silap gaya, terkena angin kipas, melepet semula.
Tetapi itulah orang kata, cinta itu tak boleh dipaksa-paksa (ceh!).
Tudung awning ini sama seperti kereta Juara. Pertama kali tengok dah tak berkenan.
Nak buat lagu mana. Ye dok?
baca sini tulisan tuan tanah mengenai tudung awning juga.
persoalan
Kenapakah buku ‘She’s Come Undone’ tulisan Wally Lamb yang penuh dengan unsur-unsur pengalaman seorang budak perempuan melalui akil baligh, keinginan seksual, pengalaman dirogol dan menjalin hubungan lesbian,
saya beri 5/5 bintang.
Tetapi,
Buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman yang penuh dengan pengalaman seorang insan kerdil pergi menunaikan haji dan kenikmatan beliau mengadap Kaabah beserta dengan doa-doa yang penuh syahdu lagi menginsafkan,
saya cuma beri 4.5/5 bintang?
Apa kau nak kena panah petir Suhaila?
Jadi saya tarik balik.
Dua-dua best. Dua-dua dapat 5/5 bintang.
Nota kaki: Dah habis baca Padang Bulan dan Cinta Dalam Gelas by Andrea Hirata. Nice. Tapi sebab berhari-hari baru boleh habiskan, maka saya bagi 4/5 bintang.




