“You are selfish Sue. You are selfish.”
Katanya.
Saya pandang langit.
Dalam hati saya berdoa.
Moga Tuhan ampunkan saya.
“You are selfish Sue. You are selfish.”
Katanya.
Saya pandang langit.
Dalam hati saya berdoa.
Moga Tuhan ampunkan saya.
i.
Baiklah, biar saya mulakan entri ini dengan ketawa sekuat-kuat hati.
HAHAHAHAHAHAHA!!!
Kemudian, saya mahu memohon maaf kerana telah mendera anda dengan menulis entri yang begitu memualkan ini.
Sejujurnya, ia adalah rekaan semata-mata.
Saya ulangi, IA ADALAH REKAAN SEMATA-MATA tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.
Saya yakin, ketika kamu membaca entri tersebut, pasti kamu akan tertanya-tanya “Apa kena budak Suhaila ni? Buang tebiat ke apa”. Masuk ke perenggan seterusnya, mulalah rasa mual satu macam. Sampai ke perenggan terakhir, tentu kamu akan berfikiran “Ya-Allah-perasan-nak-mampus-budak-ni-rasa-cam-nak-lempang-je!”
Kan?
Sebetulnya, ketika saya menulis entri tersebut, saya juga rasa menggigil, bulu roma menegak, rasa macam nak menggelupur dan nak terjun bangunan pun ada, kerana terlampaulah MALU menulis entri yang sebegini rupa.
Ya, eksperimen tadi membuktikan ia adalah sesuatu yang AMAT, AMAT MEMALUKAN untuk menulis tentang kelebihan (kaya,cerdik,cantik) diri sendiri untuk tontonan umum.
“Do you love him?”
“Yes, I do love him…”
“Then, what’s the problem?”
“I’m just not in love with him…”
Tangan saya masih lagi memegang secawan air milo, yang saya kacau perlahan-lahan sebelum menghirupnya penuh hati-hati. Pagi itu sejuk sekali. Dan air milo panas sememangnya sesuai untuk suasana sejuk dengan hujan renyai-renyai sebegini.
Tetapi, entah kenapa hari ini, air milo yang sering saya bancuh secara ‘ritual’ setiap pagi, sangat tawar dan hambar rasanya.
Sebenarnya, minda saya tidak tenteram. Ia berkocak hebat. Cuba menghadam dan mencerna satu perkara yang sedang menganggu gugat jiwa.
Segalanya terjadi selepas perbualan saya dengan seorang teman. Kami berbual tentang banyak perkara, dan akhirnya topik beralih ke perkara perkahwinan. Tentang perkahwinan adalah suatu perjudian. Sama ada kau menang atau kalah, itu bergantung pada nasib dan takdir yang telah tersedia. Jika kau menang, kau adalah manusia yang bertuah. Jika kau kalah, mungkin ia adalah hikmah dari Allah, untuk memberi kita yang lebih baik dari itu. Kami berbual dan berbual dan berbual.
Sehinggalah kata-katanya yang ini terus membuatkan air milo saya terasa tawar dan hambar.
Sue, seorang perempuan boleh terima jika suaminya jahat. Tetapi, jangan sekali-kali suaminya kahwin lain.
Ayatnya membuatkan saya terkesima. Ternganga dan terpana.
Maksud akak, kalau suami kaki pukul, hisap dadah, kaki minum arak, kaki judi, adalah lebih baik daripada suami yang kahwin lain? Maksudnya, akak takkan minta cerai kalau suami pukul akak, tapi akan minta cerai kalau dia kahwin lain?
Dengan tenang dia mengangguk. Dan melihatkan wajah tidak percaya saya, dia menjelaskan,
Sebab apa tau Sue? Sebab suami itu, walau dia jahat, tapi kita tahu, hati dia masih pada kita. Tapi suami yang kahwin lain, kita tahu hati dia sudah tak ada pada kita. Buat apa mahu tunggu lagi?
Saya termenung sejenak. Cuba memikirkan betapa aneh dan ’absurd’nya kenyataan itu.
Saya mahu katakan bahawa saya tidak setuju.
Saya mahu katakan bahawa ia tidak sepatutnya dilihat seperti itu.
Ini bukan surat cinta buat sang kekasih hati.
Ini bukan satu deklarasi bahawa hati ini sudah dimiliki.
Ini bukan pengumuman menghebahkan rasa cinta yang tak bertepi.
Kerana pada usia 27 tahun, satu perkara yang saya belajar tentang CINTA adalah ini:
“Jika kau terlalu menghebah-hebahkan ia, jika kau terlalu mengembur-gemburkan ia, jika kau terlalu suka mengumumkan kepada dunia, berkongsi cerita bahawa betapa kau terlalu bahagia, dan kau hebahkan ke seantero dunia, melalui facebook atau friendster atau blog misalnya, memaparkan gambar kau dengan dia sedang berpelukan mesra,
tidaklah mengapa…
jika hubungan itu menjadi, Alhamdulillah syukur sekali.
akan tetapi, jika hubungan itu tidak menjadi, silap-silap kau yang akan malu sendiri. “
Yes, I’ve learnt that the hard way.
Dia itu, seorang sahabat yang pernah akrab. Mula berkenalan rapat saat sama-sama praktikal dahulu, dan menjadi rafik akrab pada semester-semester terakhir di universiti.
Banyak juga saya berkongsi rasa dengan dia, bercerita tentang mimpi dan harapan, tentang angan dan kenyataan. Sering juga kami berdebat hebat. Dia penyokong kuat kerajaan dan saya, pendukung ‘totok’ barisan pembangkang.
Malah, ketika mendapat tahu ibu ditimpa sakit, dia orang pertama yang saya luahkan walang di hati. Kerana saya tahu, dia pernah mengalami, maka pasti dia akan memahami.
Tetapi, lazimnya kawan akrab yang lain, kami semakin berjauhan. Kerana lazimnya di alam pekerjaan, payah untuk saling berhubungan. Atau mungkin kerana sudah tiada apa topik yang mahu dibualkan. Atau mungkin kerana masing-masing dihambat kesibukan.
Lalu, dia itu hanya mampu saya pahatkan dalam kanvas kenangan. Yang mungkin semakin lama, akan luput dari ingatan.
***
Dia itu, junior ketika di universiti. Berkenalan kerana melakukan tesis projek tahun akhir yang sama. Selama satu semester, hanya dia yang saya hadapkan, di dalam makmal bersama-sama melakukan kajian.
Perbualan kami terhad dalam ruang lingkup kajian semata-mata. Berbincang tentang keputusan eksperimen atau bertanya tentang laporan. Kerana dia lelaki, maka dia yang diharapkan untuk melakukan kerja-kerja keras. Pernah juga, dia terpaksa mengangkut berpuluh-puluh tong berisi sisa-sisa kumbahan naik ke atas lori, hingga katanya dia betul-betul mahu pengsan.
Tetapi, lazimnya sebuah perhubungan senior-junior yang lain, maka hubungan kami juga terhenti di ruang lingkup makmal sahaja. Tidak ada cerita yang mahu dipanjangkan, tidak ada hal peribadi yang mahu dikongsi, tidak ada kegembiraan yang mahu dirai. Perbualan kami terhad kepada projek dan kajian semata-mata.
Dan dia juga, akhirnya tinggal kenangan di dalam minda saya.
***
Dia itu, supervisor saya ketika tahun terakhir di universiti. Kebaikannya, Tuhan sahaja yang Mengetahui. Beliau sentiasa mahu membantu, sedaya mana yang mampu.
Walaupun tahun akhir universiti adalah tahun paling mencabar bagi saya, tetapi dengan bantuan beliau, syukur Projek Tahun Akhir dapat saya tempuh dengan berjaya.
Dan lazimnya seperti perhubungan pensyarah-anak didik yang lain, maka perhubungan itu terhenti begitu sahaja, saat tersarungnya jubah graduasi dan topi mortar di atas kepala. Dan saat sang anak didik keluar ke alam kerja, maka pensyarah tinggal di universiti, menabur bakti kepada anak didiknya yang lain pula.
***
Tiga manusia ini bukanlah tidak boleh saya hubungi langsung.
Bukanlah tidak boleh saya bertanyakan khabar berita mereka.
Bukanlah langsung tidak mampu untuk saya jejaki sekadar mahu bertanyakan apa cerita mereka kini.
Tetapi entah kenapa,
hubungan itu saya biarkan begitu sahaja, berlalu pergi dibawa angin waktu.
ikon yahoo messengger atau google talk yang berkelip-kelip di sebelah nama mereka tidak pernah saya endahkan.
nombor telefon di dalam telefon bimbit tidak pula terfikir untuk saya dailkan.
seolah-olah takdirnya hadir mereka itu, hanya sebentar cuma, dan selepas melangkah ke alam kerja, kami seolah-olah terpisah oleh dua dunia berbeza.
***
akan tetapi, pada satu hari, saya memerlukan pertolongan mereka. benar-benar terdesak memerlukan mereka.
lantas nombor mereka saya dail juga.
ikon google talk itu saya klik juga.
setelah sekian lama.
hanya untuk meminta pertolongan.
dan ajaibnya, mereka tetap sudi membantu, sedaya mana yang mampu. mereka tidak kisah tentang saya yang menyepikan diri. mereka tidak hiraukan tentang saya yang tidak pernah mahu ambil peduli.
kerana bagi mereka, kita sesama manusia adalah bersaudara. dan perhubungan kami sebenarnya tidak pernah mati. tidak pernah terhenti.
***
dan atas kesudian mereka masih sudi membantu seorang suhaila,
yang lebih senang mendiamkan dirinya
yang tidak pernah peduli tentang orang lain yang pernah ada dalam hidupnya
yang lebih senang menyepikan sebuah perhubungan kerana sudah tidak tahu mahu bicara tentang apa
yang hanya mencari mereka saat dia terdesak perlukan bantuan sahaja
ya, dan atas kesudian itu,
mohd shahnaz, khairul anwar dan dr azmuddin,
dari sudut hati paling dalam,
saya hanya mampu mengucapkan,
terima kasih yang tidak terhingga.
terima kasih. terima kasih banyak-banyak.
One can pay back the loan of gold, but one dies forever in debt to those who are kind. ~Malayan Proverb
+ Awak ni…beli bukan main banyak vitamin. Awak tahu tak banyak sangat vitamin pun bukan bagus sangat. Mana tahu kalau terlebih makan boleh jadi toksin dalam badan ke, boleh jadi racun ke… apa ke…
- Awak…
+ Ye?
- Nak saya start berkhutbah pasal toksin dan racun dalam rokok tak?
+ Err…tak nak…
- Jadi, sila diam ok?
Kesimpulannya, orang yang merokok tidak layak untuk memberi nasihat bab-bab kesihatan. Ia sama seperti mengambil tips diet daripada orang yang obesiti atau tips menggemukkan badan daripada orang yang kurus kering.
Tak kena langsung, ok?
ok.
baru ada nafsu untuk update tentang konvo. layankan saja lah yer? (oh ya, gambar disusun secara kronologi.)

dalam pukul 7.30 pagi. berkumpul di belakang pocket d. dapat jubah yang besar bagak.labuh gila weyh!

dengan suria. tengah berbaris sebelum masuk dewan.

ambil skrol. nasib baik Tun pun senyum. kalau tak malu ai sengih sorang-sorang tawww….

yeay! sudah dapat skrol (walaupun isi dalam tu kosong…huhu)

pergi batu gajah tangkap gambar studio. masa ini famili dah balik. jadi, tangkap gambar sorang-sorang. sadis…uhuk!

penjual bunga akan menjadi kaya raya masa dua musim (valentine’s day dan konvokesyen)

malamnya, berfoya-foya di tapak konvo. sampai di sana sudah lambat. terlepas tengok aizat menyanyi tapi tak kisah, sebab tak ada lah minat sangat pun.

with some of my classmates yang major dalam alam sekitar. semua dah graduate kecuali seorang dalam semester akhir.

esoknya, pulangkan jubah dan ambil transkrip di MPH sebelum bertolak pulang. masih sempat berposing.

with best buddies, hanis dan as.

finally, after four years, all the toil and tears, Alhamdulillah syukur…
dah. sekian tamat.
p.s: gambar dengan keluarga tak ada sebab semuanya dalam kamera Asrul (abang ipar). beliau tak email lagi. gambar dengan kawan-kawan lepas konvo pun tak banyak sebab semuanya menumpang kamera orang lain. jadi, kena tunggu diorang email dulu.
Sahabat, ada lebih kurang berpuluh billion manusia di atas muka bumi ini. Semuanya punya personaliti berbeza. DNA yang tidak serupa. Perangai yang beraneka. Ada pro ada kontra. Kita tak boleh anggap semua orang akan ikut macam perangai kita. Semua orang akan sesuai dengan diri kita.
Ada berpuluh billion manusia. Ingat tu?
Kata ayah “Hidup ini macam satu pelayaran. Kita adalah kapal layar. Dan sistem di keliling kita adalah angin. Kita tak boleh ubah angin untuk ikut cakap kita. Kita yang perlu ubah kain layar untuk ikut angin. Supaya sampai ke destinasi yang mahu dituju.
Kita tak boleh ubah sistem untuk ikut diri kita. Kena ubah diri kita untuk ikut sistem.”
Faham tu?
-
-
-
-
-
Sahabat : Kalau macam tu, tak nak lah jadi kapal layar. Jadi motor boat lagi senang.
Errr…..
Dia kata “Terasa seperti sayap aku patah sebelah. Aku kini tidak berdaya untuk terbang tinggi. Hanya mampu duduk di bumi merenung ke langit dan mengharap akan munculnya pelangi.”
Dia yang lain pula kata ” Sayang, gadis baik yang mencintaimu setulus hati itu sudah mati. Tidakkah kau ingat? Kau yang membunuhnya malam tadi?”
Dia yang lain lagi kata “Dia bawa aku. Terbang mengejar mimpi. Tiba-tiba dia jatuhkan aku dari tempat tertinggi. Sakitnya hati ini macam menelan bara api.”