RSS

Category Archives: puisi

What color means?


Saya terima ini di dalam email dan sengaja mahu kongsi di sini. Puisi ini dicalonkan oleh UN sebagai ‘Best Poem of 2006′ dan ditulis oleh seorang kanak-kanak Afrika.

When I born, I black
When I grow up, I black
When I go in Sun, I black
When I scared, I black
When I sick, I black
And when I die, I still black

And you white fellow
When you born, you pink
When you grow up, you white
When you go in sun, you red
When you cold, you blue
When you scared, you yellow
When you sick, you green
And when you die, you grey

And you calling me colored?

 
2 Comments

Posted by on July 25, 2010 in Dunia, info, puisi

 

Dua puisi.

SIA-SIA

Penghabisan kali itu kau datang
Membawa kembang berkarang
Mawar merah dan melati putih
Darah dan suci.
Kau tebarkan depanku
Serta pandang yang memastikan: Untukmu.

Sudah itu kita sama termangu
Saling bertanya: Apakah ini?
Cinta? Keduanya tak mengerti.

Sehari itu kita bersama. Tak hampir-menghampiri.

Ah! Hatiku yang tak mau memberi
Mampus kau dikoyak-koyak sepi.

Chairil Anwar
Februari,1943

TAK SEPADAN

Aku kira:
Beginilah nanti jadinya
Kau kawin, beranak dan berbahagia
Sedang aku mengembara serupa Ahasveros

Dikutuk-sumpahi Eros
Aku merangkaki dinding buta
Tak satu juga pintu terbuka

Jadi baik juga kita padami
Unggunan api ini
Karena kau tidak ‘kan apa-apa
Aku terpanggang tinggal rangka

Chairil Anwar
Februari 1943

Ah,masih juga Chairil Anwar. Tetap juga Chairil Anwar. Yang bisa membuat saya jatuh hati, berkali-kali, kepada  puisi-puisinya.

 
6 Comments

Posted by on February 10, 2010 in puisi

 

untukmu yang bernama lelaki.

Lelaki
air mata kamu itu
tanda kelemahan
tanda kegagalan
dan boleh jadi juga
tanda kepura-puraan

Kerana lelaki
lahirmu untuk sentiasa perkasa
sentiasa gagah
bukan untuk mudah goyah
mudah rebah

Walau lantang kamu bersuara
bahawa kamu juga punya hak
untuk mengeluar air mata
kerana kamu juga manusia
yang punya hati dan rasa

Tetapi lelaki
jangan sekali-kali
menangis di hadapan wanita
sebagai senjata menagih cinta
kerana air mata itu
langsung tidak mampu
membuahkan cinta

Tetapi yang ada untukmu
hanyalah simpati yang tersisa
dari seorang wanita
yang sudah beku hatinya.

 
Leave a comment

Posted by on December 21, 2009 in jiwa kacau, Peribadi, puisi

 

bukankah nama lain bagi perkahwinan adalah perjudian masa hadapan?

tanyadiri

andai nikah itu
klimaks cinta
apakah yang menanti
selepas

-abdullah jones-

di pagi rabu yang penuh dengan segala macam perkara yang menyerabutkan fikiran, hanya puisi ini yang membuatkan saya benar-benar ‘berfikir’.

terima kasih en a.j untuk satu sarapan yang begitu menguji  minda.

 
2 Comments

Posted by on December 9, 2009 in puisi, Refleksi

 

Kalau Bapak Mahu Bermain Api

 
Kalau bapak mahu
bermain dengan api
bapak harus tahu
mengepung liuk lentoknya
kerana api bukanlah api
jika tak gila menyambar
bila dibiar meliar 
 
Api adalah nikmat
kerana dengannyalah setiap hari
ibu memasak
makanan berkhasiat jadi enak
dan minuman hangat
yang mengirim semangat
ke dalam jantung kami
 
Tapi kalau bapak mahu
bermain juga dengan api
sekadar cuba-cuba
demi puja-puji
fikirlah seribu kali
bimbang kelak jadi abu
rumah kecil kita ini.
 
-Rahimin Idris, Jerantut, Pahang-

Diambil dari Mingguan Malaysia 24 Mei 2009

 
2 Comments

Posted by on July 2, 2009 in puisi

 

Jangan risau

Jangan risau

Luka yang kau bekalkan ini

Cukup untuk seribu tahun lagi

-uTp,TrOnOh-

-1835-

 
Leave a comment

Posted by on June 5, 2009 in puisi

 

Nah!

heart_art

 

Nah!

Ambil jantung ini

Pegang erat

Genggam kuat

Biar berhenti

Biar mati

-UtP,tRoNoH-

-2330-

 
8 Comments

Posted by on April 15, 2009 in jiwa kacau, Peribadi, puisi

 

Iman dan waras.

Iman dan waras

Yang tinggal hanya cukup

Untuk sehembus nafas

-uTp, TroNoh-

-02.08 am-

 
Leave a comment

Posted by on April 14, 2009 in jiwa kacau, puisi

 

Mak,

Jangan menangis lagi

Melihatmu bersedih

Hati aku turut pedih

Mak,

Jangan menangis lagi

Melihat air matamu bergenang

Aku turut dilanda bimbang

Mak,

Jangan menangis lagi

Melihat wajahmu muram

Aku hanya mampu berdiam

Mak,

Aku ingin bungkuskan pelangi

Supaya kau tersenyum kembali

Aku ingin kalungkan bintang

Supaya kau tertawa riang

Tapi yang ku mampu

Hanyalah secangkir kopi

Buat pembalut sepi…

-uTp, TrOnOh-

-3.10 am-

Melihat orang tersayang berduka di saat kau tak mampu berbuat apa-apa adalah satu rasa paling tak berguna dalam dunia.

Tanggal 10 April 2009 – separuh nyawa melayang.

 
3 Comments

Posted by on April 13, 2009 in famili, Peribadi, puisi

 

lelah.

rain3jpg

I can make it through the rain

I can stand up once again on my own

And I know that I’m strong enough to mend

And every time I feel afraid I hold tighter to my faith

And I live one more day and I make it through the rain

 -Mariah Carey, Through The Rain-

 

Tuhan, aku hampir rebah. Pinjamkan aku tabah. Untuk ku terus melangkah. Walau amat payah. Kerana aku belum mahu.

Menyerah kalah.

-03.08 am-

-Tronoh, Perak- 

 
3 Comments

Posted by on March 24, 2009 in jiwa kacau, lagu, Peribadi, puisi

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.