RSS

Category Archives: Kerja

Melaka (16.5-18.5)

Agak-agak, kalau jalan kaki dari Melaka 10 km sehari ke London, berapa tahun boleh sampai?

 
1 Comment

Posted by on May 19, 2012 in Kerja, Pengalaman, Saja Mengada

 

Kenangan bulan Oktober 2009

Kadang-kadang sesuatu nasihat yang hebat itu datang pada saat-saat tak diduga, pada tempat yang bukan biasa, dan daripada orang yang langsung tak disangka-sangka.

Pada bulan Oktober 2009, saya bekerja sambilan di sebuah restoran makanan segera yang popular dengan tagline “I’m Lovin’ It”. Setiap hari, saya akan masuk ke restoran itu, disambut patung badut berambut merah yang tersenyum lebar, mengenakan pakaian uniform belang kuning dan hijau, saya akan melakukan apa sahaja kerja selayaknya seorang ‘crew’. Lap meja, mop lantai, hantar pesanan, goreng fries, dan sebagainya.

Ok, kalau kamu tak pernah kerja di restoran makanan segera, marilah saya beritahu, penatnya memang tak hingat dunia. Dan saya pula, melakukan dua kerja dalam satu masa. Balik kerja pukul 2.30 pagi dan sebelum 8.30 pagi perlu ke pejabat pula melakukan tugas sebagai chemist. Balik pejabat pukul 5.30 petang, terpaksa bergegas pula pukul 6.30 ke restoran. Jadi, saya seperti hidup di dua dunia berbeza. Siang saya di makmal menjalankan ujikaji, dan malam pula saya di restoran melayan pelanggan yang silih berganti.

Jadi, pada satu hari Ahad, dalam huyung-hayang kepenatan di kaunter, saya terlupa polisi utama syarikat.

1. Sentiasa ucap selamat kepada pelanggan anda dengan senyuman semanis 10 kilo gula, tidak kira sepenat mana pun anda.

Ya, ketika itu saya sudah tidak kuasa untuk ucap selamat, kerana rasanya untuk menarik otot bibir supaya tersenyum pun memerlukan kekuatan tahap 10 kuasa kuda. Jadi, polisi utama itu saya abaikan.

Rupa-rupanya saya diperhatikan oleh seorang Brader CL (Crew Leader). Beliau menghampiri saya dan menegur “Sue, cuba greet customer. Muka tu cuba senyum sikit.”

Saya membalas dengan keluhan “Tak larat la bang. Rasa macam nak pengsan.”

Dan tatkala itu, dia menjawab lembut “Sue, cuba tengok Fauzi (salah seorang crew). Abang rasa, kalau dia di tempat Sue sekarang, ada kelebihan yang Sue ada sekarang, mesti dia tak kisah untuk greet customer. Abang rasa kalau dia perlu cakap ‘HAI, SELAMAT DATANG KE MCDONALD’S’ 10 juta kali sehari pun dia sanggup.”

Ya, kawan-kawan, Fauzi adalah seorang yang bisu.

Saat brader CL itu memberi nasihat sebegitu, saya rasa seperti ada satu tukul besi dibaling tepat ke muka. Lantas, membuatkan saya jatuh terduduk dan meraung-raung keinsafan.

Ok, saya tipu.

Tapi sungguh, saya termenung sejenak saat dinasihat sebegitu. Ia telah memberi impak teramat besar pada saya. Ia telah mengubah perspektif saya dalam melihat kehidupan. Ia membuatkan saya rasa seperti mahu tempeleng diri sendiri atas sikap tidak bersyukur yang saya miliki. Ia menyebabkan saya mahu lari terjun ke laut kerana benci dengan sikap sendiri yang suka mengeluh tak henti-henti.

Dan alangkah anehnya, nasihat hebat itu saya terima bukan di dalam suasana sepi dan aman bilik kuliah yang lengkap berhawa dingin, tetapi di tengah bau tengik minyak kentang goreng, di antara bingitnya bunyi mesin yang tidak berhenti ber’beep beep’ dari tadi tanda ayam sudah siap dimasak, di antara Double Cheeseburger dan Big Mac yang silih berganti di atas kaunter dan di tengah seribu satu keriuhan suasana sebuah restoran makanan segera.

Nasihat hebat itu juga bukanlah saya terima dari mulut seorang Professor atau Doktor atau rakan-rakan sepengajian yang bijak-bijak belaka, yang kebanyakannya mengumpul berderet-deret A1 dalam slip periksa mereka, tetapi nasihat itu saya terima daripada seorang abang Crew Leader yang menurutnya, result SPM hanya credit dua subjek sahaja.

Lalu saya terfikir, bahawa kita boleh belajar banyak perkara di universiti, tetapi di tempat lain, di tempat yang tak terfikirkan, seperti di rumah usang, di lorong kecil, di hiruk pikuk pekan, di riuh restoran, adalah tempatnya di mana kita benar-benar belajar erti kemanusiaan dan kehidupan.

Ya, kadang-kadang sesuatu nasihat yang hebat itu datang pada saat-saat tak diduga, pada tempat yang bukan biasa, dan daripada orang yang langsung tak disangka-sangka.

Jadi apa yang ingin saya simpulkan di sini adalah (peringatan untuk diri sendiri):

1. Bersyukurlah kerana kau ada suara dan mampu bercakap. Ucapkanlah salam, selamat, maaf (jika kau melakukan kesilapan), terima kasih (sebagai tanda penghargaan) atau apa-apa sahaja perkataan yang sedap didengar, kepada siapa-siapa sahaja, walaupun orang yang tak dikenali, kerana ia dapat mencipta silaturrahim yang baru, dan mengeratkan silaturrahim yang sedia ada. Dan bersyukurlah sekali lagi  sebab kau ada suara dan mampu berkata-kata.

2. Ya, belajarlah sampai ke universiti. Tuntutlah ilmu sampai ke menara gading. Tapi, dalam masa yang sama sentiasa cari ilmu ‘tidak formal’ yang ada di sekeliling kau, cedoklah apa saja yang kau nampak di sekitar kau, yang boleh mengajar kau erti kemanusiaan dan kehidupan.

3. Jangan ingat apabila kau dah pegang ijazah, bermaksud kau adalah manusia paling bijak di alam semesta. Kau rasa tak layak untuk bergaul dengan orang yang tak lulus periksa. Kau rasa status kau sebagai graduan adalah terlalu ‘mulia’ untuk bekerja sambilan sebagai atendan pam minyak, menjaga kaunter, mencuci pinggan atau mop lantai di restoran. Kau lebih sanggup menganggur di rumah (sementara mencari kerja yang sesuai dengan ijazah kau), goyang kaki, buat muka tak malu menghabiskan beras mak bapak berbulan-bulan, dari menjatuhkan ‘standard’ kerja dengan ‘orang kelas bawahan’. Sebenarnya saya ingin beritahu, bekerja di situ, bercampur dengan manusia dari pelbagai lapisan masyarakat, kau akan dapat lebih banyak pelajaran yang kau tak jumpa pun dalam tembok universiti.

Jadi, ini nasihat pada graduan yang menganggur sebab memilih kerja.

“Kalau kau malu untuk melakukan kerja-kerja sebegitu, kau patut malu dengan mak bapak yang masih terpaksa menyara kau walau kau dah besar panjang kurus tinggi gemuk pendek bermisai berjambang”

“Kalau kau lelaki, ini lebih memalukan. Rasanya tak ada perempuan yang mahu berkahwin dengan lelaki bijak tetapi pemalas dan tak ada kerja. Lebih baiklah lelaki yang tidak ada ijazah tetapi rajin bekerja dengan bersungguh-sungguh menyara keluarga. Akan tetapi, kalau dapat yang sudahlah bijak, rajin dan kacak serta beriman pula, itu adalah satu bonus. ”

Amin…(eh tak pasal-pasal) :P

 
10 Comments

Posted by on August 22, 2011 in Kerja, Manusia, Pengalaman

 

GPS

Masa tiba di kotaraya minggu lepas, ayah beriya-iya mahu belikan GPS. Katanya, senang. Jalan di KL bersimpang siur boleh buat kau sesat. Ya, saya akui, sekarang ini zaman GPS. Semua orang perlukan GPS. Ia adalah satu gajet yang dicipta untuk memudahkan manusia. Tapi, saya fikir ia juga mendatangkann keburukan. Kebergantungan melampau pada GPS membuatkan kau takkan peka dan langsung tak ingat jalan kalau tak ada benda alah itu. Sama seperti kalkulator yang buat kau makin lembap untuk mencongak dalam kepala.

Jadi, saya tolak tawaran ayah itu. Saya nak cuba tahu jalan di KL secara sendiri-sendiri. Sesat pun tak mengapa kerana ia juga satu proses pembelajaran. Bak kata omputih “Getting lost will make you discover yourself”.

Lagipun, saya dah ada ‘GPS’ sendiri. :)

Saya punya ‘GPS’. Kalau hilang, boleh nangis. :P

Seminggu ulang-alik kerja, masih perlu merujuk ‘GPS’ tersebut. Baru nak pergi kerja, belum pergi entah mana hala lagi. Haih~

 
4 Comments

Posted by on August 10, 2011 in Bebelan saya, Kerja

 

Bebel

i.

Saya tidak tahu manusia kejam tahap binatang apakah yang sanggup membunuh, mengerat 15 bahagian dan menyumbat organ manusia ke dalam mangkuk tandas. Pembunuhan itu mengerikan, tetapi yang lebih menakutkan adalah hakikat seolah-olah pembunuh itu sedang ‘bergembira’ dengan ‘hasil’ bunuhnya, seolah-olah membunuh itu adalah satu pesta.

It’s sickening!

ii.

Kerja baru dan tempat baru (aside from the traffic, of course!) adalah memuaskan dan menyenangkan hati walau masih terlalu awal untuk dikategori sebagai ‘menggembirakan’ hati. Yang pasti saya rasa lebih tenang dengan persekitaran baru (again, aside from the traffic.)

Tapi, satu perkara tentang bekerja di tempat baru, adalah kau tetap akan rasa ‘awkward’ yang tidak terhingga. Seolah-olah kau baru nak menginap di satu kampung yang semua orang sudah kenal satu sama lain, sudah arif akan pantang larang dan adat budaya di kampung itu, tetapi kau pula masih baru merangkak-rangkak nak belajar tentang semua perkara.

Dan selepas 5 hari, saya masih lagi seorang pekerja paling baru, yang adalah sangat pemalu, yang hanya tahu tersenyum sopan, yang akan mengangguk penuh semangat apabila diberi tugasan, yang masih ber’encik’ dan ber’cik’ dengan semua orang, yang masih perlu bertanya ‘tandas’ dan ‘surau’ di mana, dan ‘waktu rehat kalau tak puasa kamu semua buat apa?’ dan masih lagi tidak tahu untuk beramah mesra bergurau senda dan masih lagi tidak tahu banyak perkara tentang sikap dan ragam sang ketua.

Well, tempat baru memang macam itu kot. But still, i’m learning. It’s a lot to learn. It’s exhausting.

But, it’s fun.(setakat ni lah :P )

iii

Saya tidak tahu memang sudah menjadi kewajipan atau memang sudah termaktub dalam undang-undang bangunan tinggi di seluruh negara, bahawa setiap malam sesiapa yang ada dalam bangunan tinggi mesti dengar bunyi kerusi atau kaki katil diseret atau kaki manusia melompat-lompat di tingkat atas.

Dulu, saya selalu dengar di Apartment Bukit Merah. Bunyi katil diseret dan kaki melompat. Banyak kali jugalah terfikir untuk naik di tingkat atas, melihat samada rumah atas itu berpenghuni atau tidak (kerana setahu saya blok apartment itu tidak ramai orang. di tingkat itu hanya saya seorang sahaja yang tinggal, for the whole floor). tetapi, hasrat murni untuk menyiasat ala-ala Nancy Drew itu dibatalkan kerana saya fikir lebih baik saya tidak tahu.

Bak kata orang “kadang-kadang adalah lebih baik jika kita tidak tahu akan kebenaran, kerana kebenaran mungkin akan menyakitkan”

Tapi dalam kes saya – “kerana kebenaran mungkin akan buat-saya-lari-lintang-pukang-macam-tak-cukup-tanah-dan-taubat-nasuha-tak-mahu-duduk-sorang-sorang-lagi”

Dan saya dengar bunyi yang sama, ketika di mana-mana bangunan tinggi, di dalam hotel bersama keluarga, di kondominium kakak, di apartment pakcik, and always the same sound – bunyi perabot ditarik, kerusi diseret, kaki melompat, atau mahu lebih kreatif, bunyi seperti guli bertaburan di lantai. Dan yang peliknya, ia berlaku mesti, harus dan wajib pada waktu malam. Seawal matahari terbenam lepas maghrib sehinggalah sebelum matahari terbit. Dan bukan hanya saya seorang yang dengar, orang lain pun sama. Sampai jadi lali.

And again, as I’m typing this, di apartment pakcik, keseorangan, kerana pakcik sekeluarga pulang ke kampung, I heard the sound again.

Disebabkan sekarang adalah bulan puasa , maka saya akan bersangka baik sahaja.

“Keluarga di atas tu tengah sibuk kemas rumah. Si ayah sedang memindahkan katil, si ibu sedang menyusun atur kerusi dan si anak sedang melompat-lompat gembira.  Al-maklumlah, kan dah  nak raya…” pujuk hati saya. :roll:

Aiseh, esok nak sahur apa nih? Hurm…

 
4 Comments

Posted by on August 6, 2011 in Bebelan saya, Bengong, Kerja

 

“Kau yang tak pernah tidur, menjaga mimpi yang luntur,oh kotarayaku”

saya tidak pernah terfikir untuk berada di sini.

sejak kecil, saya berdoa dan berharap, janganlah saya bekerja di sini.

pertama kali melihat dokumentari kehidupan pelacur di Lorong Haji Taib ketika usia baru menjangkau 10 tahun, saya berharap janganlah saya perlu hidup di kota penuh noda ini.

kerana kadar jenayahnya tinggi.

kerana semuanya mementingkan diri.

kerana kos hidupnya yang mencekik.

kerana suasananya yang riuh memekik.

kerana kesesakan jalan raya yang membuatkan kereta bergerak seperti siput.

kerana udaranya boleh buat kau semput.

kerana dan kerana dan kerana.

tapi seperti Andrea Hirata yang berdoa “berilah aku pekerjaan apa sekalipun tapi janganlah sebagai posmen” dan akhirnya menjadi posmen juga dia,

maka begitulah juga saya. tercampak jugalah saya ke “kotaraya-talam-dua-muka-katanya-madu-kau-disuap-cuka-bak-kata-altimet” ini.

ah, keadaannya tidaklah begitu teruk. sekurang2nya bersyukur jugalah saya kota ini tidak seperti afghanistan atau iraq atau libya atau pakistan yang saban hari ada sahaja serangan bom berani mati atau peperangan yang tidak henti-henti. dan bersyukur jugalah saya kerana kota ini memberi saya peluang untuk mencari rezeki.

cuma yang membuatkan saya begitu takjub adalah sikap pemandunya yang saya fikir sudah kekurangan organ hati dan perut mereka.

di sini, kau akan dihimpit tanpa belas kasihan. kau akan dibunyikan hon jika sedikit terhegeh-hegeh mencari jalan. ada kereta yang akan mencelah masuk dan memotong barisan tanpa memberi isyarat pun. ada juga yang keluar simpang tanpa sedikit pun menoleh kiri dan kanan. penunggang motosikal menyelit mencelah seolah-olah tidak sayangkan nyawa langsung. walau dalam kesesakan jalan raya yang teruk, tetap akan ada kereta yang akan menghimpit kau. dan, kalau kau pula mahu menukar barisan, jangan haraplah kau akan diberi peluang.

di sini, semua orang mahu cepat.

di sini, semua orang terburu-buru.

di sini, semua orang mengejar waktu.

perkara pertama yang saya laporkan pada ibu sebaik menjejak kaki dan memandu di sini adalah:

“Mak, orang kat sini macam dah ada tiket percuma ke syurga. Kalau mati pun tak mengapa.”

disebabkan saya sudah biasa di taiping, yang pemandunya sungguh berhemah, sentiasa memberi kau ruang dan peluang untuk mencelah masuk, siap dengan angkat tangan dan lambai segala, keadaan di kotaraya yang sesak ini membuat saya tidak selesa. saya jadi tidak biasa. ia tidak kena dengan jiwa.

“tak perlu bagi lampu isyarat nak mencelah. lagi kau bagi isyarat, lagi diorang takkan bagi kau peluang” kata pakcik.

“di sini semua orang nak kejar waktu.” kata makcik.

“kalaulah diorang semua ini ikut barisan, maksudnya KL nak turun salji kot” kata pakcik.

“apa?kau tak ada smart tag? boleh muntah la driving KL tak ada smart tag” kata pakcik

“dekat sini kau kena cekap ila. jangan teragak-agak.” kata pakcik lagi.

kesimpulannya, kalau kau nak jadi seorang pemandu yang super duper uber cekap dan pantas dan hebat, kau cubalah belajar memandu di kotaraya KL. Nescaya tak sampai seminggu kau dah tahu ‘budaya’ memandu di sini bagaimana. dan daripada seorang yang terhegeh-hegeh, kau akan menjadi sungguh cekap memandu.

cuma, sebaik saja kau sudah hebat dan cekap memandu, kau akan hilang pula satu perkara,

iaitu perasaan bertimbang rasa dan saling membantu sesama pengguna jalan raya.

oh well…… ia bukanlah satu kehilangan yang sangat  ’besar’ kan? *senyum sarkastik sambil angkat kening sebelah* :roll:

Nota tapak kaki:

Hidup serba laju, trafik kura-kura

I couldn’t agree more with you, Altimet. Ouh ya, baru tercampak di KL saya sudah se’jakun’ ini, bagaimana agaknya jika tercampak ke bandar lain yang lebih besar, New York atau London atau Tokyo misalnya? Mungkin akan menjadi lebih jakun dan lebih babun. heh!

Ouh ya, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA YANG MEMBACA!

 
6 Comments

Posted by on August 3, 2011 in Dunia, Kerja, Manusia, Pengalaman

 

mantra of the day

I love my job. I love my job. I love my job. I love my job. I love my job. I love my job. I love my job…

-on repeat mode-

 
Leave a comment

Posted by on November 19, 2010 in Kerja, Uncategorized

 

cabaran itu yang buat kita kuat sebenarnya.

Saya pandang mereka satu-persatu. Lima belas pasang mata itu memandang semula ke arah saya. Kesemua mata itu milik anak-anak muda mudi harapan bangsa tiang negara. Bakal pemimpin masa hadapan, yang akan mencorak dan menyumbang kepada negara.

Mereka semua adalah pelajar-pelajar saya.

Beberapa minit kemudian, senyap sunyi itu pecah semula, oleh tawa dan senda mereka. Lantas, mereka kembali semula seperti biasa, bergelak tawa bercanda ria, tanpa mempedulikan saya, guru mereka yang sedang berdiri di hadapan, cuba sedaya upaya mencurah ilmu menyemai bakti.

Helpless.

Itulah yang saya rasa sekarang. So completely, totally helpless.

Saya berasa seperti seorang stand-up comedian yang tercangak-cangak berdiri di pentas, cemas dan gelisah kerana  jenakanya tidak mampu menghiburkan, malah terlalu membosankan hingga langsung tidak dihiraukan oleh hadirin yang datang.

Saya berasa seperti seorang pemidato, yang lantang bersuara penuh bersemangat, tetapi hujahnya tidak bernas, gayanya tidak mampu meyakinkan si penonton, dan akhirnya, dia dibiarkan terjerit-jerit seorang diri langsung tak dipeduli.

Saya berasa seperti seorang penyanyi, yang menyanyi sepenuh hati, tetapi malang, suaranya sumbang, lagunya pincang, melodinya goncang, dan lantas, hanya diejek dan dicemuh penonton yang datang.

Syok sendiri.

Read the rest of this entry »

 
1 Comment

Posted by on March 22, 2010 in Kerja, Manusia, Pengalaman

 

minta tolong.

Saya sedang mencari sesiapa yang fasih berbahasa Mandarin untuk tolong menterjemahkan senaskhah prosedur eksperimen kepada saya. Jangan risau, bahan kimia dan glasswares sudah ada terjemahannya (in case tak tahu chemical terms dalam bahasa Mandarin)

Tolong. Saya betul-betul terdesak. I’ll pay you for a reasonable price.

Email saya di suhaila.halim dot yahoo dot com.

Kawan-kawan, ada cadangan lain tak macam mana saya nak cari orang yang dikehendaki?

contoh satu: culik seorang cikgu sekolah cina dan paksa dia tolong saya terjemahkan naskhah tu then lepaskan dengan membayar gantirugi setimpal kepada beliau.

contoh dua: mengurat dan bercinta dengan mana-mana lelaki cina dan mintak tolong dia terjemahkan, secara percuma. eh,kata ’wo ai ni’  kan?

contoh tiga: ambil khidmat seorang penterjemah professional dari mana-mana agensi pelancongan (tapi, bayaran mungkin agak mahal…hurm…)

haih….serius balik.

ada tak siapa-siapa berbangsa Cina yang fasih bahasa Mandarin, atau mungkin bangsa lain yang fasih bahasa Mandarin, yang boleh tolong menjadi penterjemah saya (dalam bentuk penulisan)?

hanya satu naskhah saja. please please please!

(in case ada yang bertanya, tidak, saya tidak mahu meminta tolong kawan sekerja kerana mereka sibuk, dan naskhah itu agak tebal. saya mahu seseorang that can be hired for this specific task only.)

thank you in advance.

 
8 Comments

Posted by on February 25, 2010 in Kerja

 

Politik

Kadang-kadang saya bersyukur kerana dijadikan Tuhan sebagai makhluk yang pendiam dan pemalu dengan manusia yang tidak berapa rapat, tetapi akan bermutasi menjadi makhluk yang kecoh dan tidak tahu malu dengan manusia yang sudah terlebih rapat.

Ini kerana dengan sifat semulajadi saya itu membuatkan saya terselamat daripada politik pejabat yang saya kira sama jijik dan sama kotor seperti politik negara.

Sebabnya, orang lain tidak suka bergosip dengan saya memandangkan reaksi yang saya beri langsung tidak memberangsangkan.

Contoh:

Kak Bedah: Eh kau tahu si polan bin polan itu kaki bodek bos betul. Patutlah bos asyik pilih kasih kat dia. Hari itu aku nampak dia bla bla bla.

Reaksi yang cemerlang: Iyeee?? (sambil membeliakkan mata) Memangla…saya dah perasan lama dah…dia itu memang bla bla bla (sambil menjuih-juih mulut)

Reaksi saya: Ooo…(angguk-angguk sikit) – terus diam dan buat kerja.

Sungguhlah tidak seronok langsung jika mahu ‘menganyam ketupat’ dengan saya. Kerana saya tidak mampu memberi reaksi seperti Mami Jarum atau yang sewaktu dengannya. Tetapi, bukanlah bermakna saya ini terlalu baik sehingga tidak pernah langsung ‘bersedekah pahala percuma’ (baca:mengumpat) kepada orang lain. Tetapi aktiviti itu hanya dilakukan dengan teman yang cukup rapat sahaja.

Jadi, jika kamu seorang yang tidak rapat dengan saya, jauhkan lah diri daripada mahu mencuba-cuba bergosip dengan saya. Kerana kelak kamu juga yang akan kechiwa.

p/s: Wah wah! ‘Salji’ sudah mula turun di halaman saya. Tak dapat salji betul, salji buatan di dalam blog pun jadilah…huhu.

 
Leave a comment

Posted by on December 5, 2009 in Bebelan saya, Kerja

 

Protected: Bertahan

This post is password protected. To view it please enter your password below:

 
Enter your password to view comments.

Posted by on November 18, 2009 in jiwa kacau, Kerja

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.