RSS

Category Archives: jiwa kacau

surat terbuka untuk haikal

Haikal,

Kita tak tahu macam mana nak mula tulis surat ini. Sebelum ini, tak pernah terlintas sedetik pun di cepu fikir kita bahawa suatu hari nanti kita akan menulis warkah untuk awak. Sebab kita ingat awak aka nada dengan kita, temankan kita sampai bila-bila. Tapi, rupanya kita silap. Awak pergi tanpa diduga, meninggalkan kita sendiri terkaku sepi tanpa bicara.

Haikal,

Sebenarnya tujuan kita tulis surat ini adalah untuk beritahu bahawa kita rindukan awak sangat, sangat. Benar-benar rindu kepada awak. Kejam kan kita? Sepanjang awak dengan kita, tak pernah sekali pun kita ucap rindu dan sayang pada awak. Bila awak dah tak ada, barulah kita rasa kehilangan yang sangat besar dalam hidup. Pemergian awak bagai mencabut pergi sebahagian ruang dalam jiwa kita, dan ruang itu sampai sekarang masih kosong, tiada berganti.

Haikal,

Kita ingat lagi pada tahun 2003, semasa ayah telefon kata dia sudah ‘pinang’kan awak untuk kita, kita gembira tak terkata. Senyum kita lebar sampai ke telinga. Lepas itu, awak sentiasa ada di mana-mana temankan kita. Awak ada semasa kita sibuk dengan tugasan kuliah. Apabila kita tengah bosan, awak ceriakan kita dengan cerita-cerita lucu. Apabila kita sedih, awak hiburkan kita dengan lagu-lagu. Apabila kita hilang semangat, awak carikan semula semangat kita dengan kisah-kisah yang membangkitkan motivasi. Terima kasih awak!

Haikal,

Awak tahu tak, setiap kali awak jatuh sakit, kita jadi resah gelisah tak tentu arah. Kadang-kadang mungkin kerana usia atau hentakan kuat di kepala, awak kena amnesia, dan doctor terpaksa padam balik semua memori awak dan bina semula memori baru. Entah berapa kali memori awak terpaksa ditukar ganti, kita pun sudah lupa.Tetapi, walau berulang kali jatuh sakit dan pulih kembali, awak tetap setia temani kita, di kala sihat atau sakit, di kala senang atau susah, di kala gembira mahupun gundah, awak sentiasa ada.

Haikal,

Tadi kita singgah di kedai gajah purba gading panjang. Saja-saja kita mahu menjenguk kalau-kalau ada yang boleh dibuat pengganti, tapi sayang, tak ada satu pun yang berkenan di hati. Kita langsung tak tertarik pada Lokman, Farid, Helmi, Jonathan ataupun Malik yang menjeling manja dari bawah cermin kaca, cuba-cuba menggoda dan memancing minat kita untuk memilih mereka. Ikatan kimia antara kita dan mereka lemah dan longgar. Tak serupa seperti ikatan kimia antara kita dan awak.  Awak memang payah untuk diganti, Haikal.

Tadi kita telefon mak lagi. Luahkan rasa rindu kita pada awak yang sering datang menjengah sanubari. Kata mak untuk pujuk kita “ Sudahlah dik…barang yang lepas usah dikenang, sudah menjadi miliknya orang…”

Jadi Haikal *tarik nafas panjang*

Walau berat hati, kita terpaksa terima akan kehilangan awak. Walau amat payah, kita lepaskan juga pemergian awak. Tetapi, percayalah, sampai mati pun kita tak akan maafkan si celaka yang telah merampas awak pergi dari kita. Akan kita tuntut di Padang Mahsyar kelak.

Haikal,

Semoga awak baik-baik saja, di mana pun awak berada.

Dan ya, kita rindu bangat sama awak.

 

Yang benar,

Kita-yang-sudah-gila-meroyan-tak-dapat-main-games-dan-tengok-Desperate-Housewives-terus-menerus-dari-musim-satu-hingga-enam-dem!

:rujuk sini untuk gambar Haikal:

 
2 Comments

Posted by on November 15, 2010 in jiwa kacau, Saja Mengada

 

keliru

Jadi baik hati dan orang buli,

Atau jadi keji dan orang benci?

Jika dua pilihan ini saja yang ada, mana satu kamu pilih?

 
6 Comments

Posted by on May 14, 2010 in jiwa kacau

 

buntu

segala-galanya serba tak kena. :(

 
2 Comments

Posted by on March 10, 2010 in jiwa kacau

 

untukmu yang bernama lelaki.

Lelaki
air mata kamu itu
tanda kelemahan
tanda kegagalan
dan boleh jadi juga
tanda kepura-puraan

Kerana lelaki
lahirmu untuk sentiasa perkasa
sentiasa gagah
bukan untuk mudah goyah
mudah rebah

Walau lantang kamu bersuara
bahawa kamu juga punya hak
untuk mengeluar air mata
kerana kamu juga manusia
yang punya hati dan rasa

Tetapi lelaki
jangan sekali-kali
menangis di hadapan wanita
sebagai senjata menagih cinta
kerana air mata itu
langsung tidak mampu
membuahkan cinta

Tetapi yang ada untukmu
hanyalah simpati yang tersisa
dari seorang wanita
yang sudah beku hatinya.

 
Leave a comment

Posted by on December 21, 2009 in jiwa kacau, Peribadi, puisi

 

hati yang tersimpul mati

 

Katanya, hati saya adalah seperti tali yang tersimpul mati.

Katanya lagi, dia tetap akan berusaha merungkaikan simpulan tali itu.

xxxxxxxxxx

Hari itu, mesej tidak henti-henti masuk ke telefon genggam saya. Sebaik sahaja telefon itu saya ‘on’ kan suis nya, nada ringtone Intel SMS terus berbunyi tidak henti-henti. Semuanya daripada pengirim yang sama.

“Awak ke mana? Kenapa tak dapat call?”

“Kenapa off hp? Saya risau”

“Tolong on hp. Supaya saya tidak fikir yang bukan-bukan”

Dan entah banyak lagi mesej yang berbunyi sewaktu dengannya yang menderu-deru masuk. Asbabnya mudah sahaja. Telefon genggam kehabisan bateri. Dan saya malas mahu mengecas semula baterinya, lantas telefon itu saya biarkan dalam keadaan ‘koma’ seketika selama 6 hari.

Tidaklah saya tahu, kesukaran untuk dihubungi mengundang resah gelisah gundah nestapa di pihak sana.

Sebetulnya saya lupa. Selepas dua tahun bersendiri, saya sudah lupa bagaimana mahu bereaksi apabila tiba-tiba berdua. Selepas dua tahun berdikari, saya sudah lupa bagaimana mahu bergantung kepada orang lain, yang bukan ibu bapa.

Saya lupa, bahawa selain daripada ibu bapa, ada satu pihak lagi yang perlu saya maklumkan di mana keberadaan dan bagaimana keadaan saya, setiap masa dan ketika.

Saya lupa, bahawa selain daripada ibu bapa, ada satu pihak lagi yang akan sentiasa merisaukan keadaan saya.

Saya lupa, bahawa selain daripada ibu bapa, ada satu pihak lagi yang perlu saya jaga dan tatang hatinya supaya tidak terguris dek tindakan saya.

Saya lupa, bahawa selain daripada ibu bapa, ada satu pihak lagi yang perlu menjadi keutamaan dalam hidup saya.

Oh, saya betul-betul lupa apa yang perlu dilakukan apabila sudah berdua.

Entah kenapa, tiba-tiba saya jadi penat. Lelah. Bosan. Menyampah.

Lantas,mesej yang banyak itu saya balas. Dengan satu mesej pendek. Hanya satu mesej ini.

“Hp habis bateri. Malas nak cas. Tlg jgn fikir bkn2. Saya ini orgnya mudah bosan”

Dan telefon genggam terus saya matikan.

Sampai sekarang.

xxxxxxxxxx

Saya tahu memang kejam bunyinya.

Saya tahu memang zalim tindakan saya.

Saya tahu tidak patut saya layan dia begitu.

Mungkin saya sudah tidak biasa.

Mungkin saya masih belum bersedia.

Atau mungkin memang benar kata-katanya.

Hati saya memang seperti tali yang tersimpul mati.

Tak boleh dirungkai-rungkai lagi.

Walau oleh mana-mana lelaki.

 
17 Comments

Posted by on December 12, 2009 in jiwa kacau, Peribadi

 

apabila

Apabila menaip di laptop, tiba-tiba kau mahu menjadi laptop.

Apabila menulis di kertas, tiba-tiba kau mahu menjadi kertas.

Apabila duduk di kerusi, tiba-tiba kau mahu menjadi kerusi.

Apabila makan nasi lemak, tiba-tiba kau mahu menjadi nasi lemak.

Apabila ada kucing datang bergesel di kaki, tiba-tiba kau mahu menjadi kucing.

Apabila memandu kereta, tiba-tiba kau mahu menjadi kereta.

Apabila menyarung selipar jepun, tiba-tiba kau mahu menjadi selipar jepun.

Apabila memasak di atas kuali, tiba-tiba kau mahu menjadi kuali.

Apabila membancuh air milo, tiba-tiba kau mahu menjadi air milo.

Apabila menekan punat remote control Astro, tiba-tiba kau mahu menjadi remote control Astro.

Apabila kau asyik berfikir mahu menjadi apa sahaja benda di dunia ini selain daripada menjadi diri kau sendiri, itu menunjukkan:

Your life must be really, really sucks!

~sigh

 
2 Comments

Posted by on December 7, 2009 in Bebelan saya, Bengong, jiwa kacau

 

tentang hujan,beg,adik lelaki dia,2012,selama-lamanya,menulis,panjang,hati dan terima kasih.

i. hujan

dahulu, ketika di tronoh, waktu hujan adalah yang paling dinanti. saya suka bau rumput basah, bau bunga yang tumbuh memutih di hadapan asrama, dan bunyi kicauan burung yang sangat menyenangkan hati.

sampai sekarang saya masih lagi rindukan bau rumput basah selepas hujan di hadapan asrama.

sekarang, di taiping, boleh dikatakan setiap hari, awan akan menetaskan hujan yang mencurah-curah. lengkap dengan petir dan guruh segala. cuaca jadi sejuk seperti di kutub utara.saya patut tahu itu. kerana di sini adalah kawasan paling lembap di malaysia.saya mula tidak menyenangi kehadiran hujan.

hingga kadang2 terkeluar juga keluhan dari mulut saya. sebelum saya tersedar bahawa hujan itu sebenarnya adalah rahmat Tuhan yang tak terhingga.

saya patut belajar menjadi hamba yang lebih bersyukur.

ii. beg

di dalam beg rona merah hati yang baru saya beli dengan harga diskaun lima puluh persen itu ada benda-benda ini:

vykmin,omega-3,spirulina,vicks vaporub dan vitamin c

kesemua benda  ini saya bawa ke mana-mana. kata seorang teman, beg saya itu ibarat sebuah farmasi bergerak. entah sejak bilakah agaknya saya mula menjadi seorang yang ‘health conscious?’

Read the rest of this entry »

 
8 Comments

Posted by on November 21, 2009 in Bebelan saya, jiwa kacau, Peribadi

 

Protected: Bertahan

This post is password protected. To view it please enter your password below:

 
Enter your password to view comments.

Posted by on November 18, 2009 in jiwa kacau, Kerja

 

Good decisions come from experience, and experience comes from bad decisions. ~Author Unknown

I

Fikiran kusut serabut. Jiwa kacau bilau. Hati resah gundah. Jadi, mahu meluah di sini. Menulis dan menulis apa saja. Yang bersarang di dada. Biar terlontar segala rasa. Supaya terhapus setiap duka.

Kerana di sini, terapi minda. Terapi jiwa.

II

Hidup adalah tentang membuat pilihan. Dan malangnya, kau adalah manusia yang selalu, selalu, selalu tersalah dalam membuat pilihan.

Read the rest of this entry »

 
4 Comments

Posted by on September 27, 2009 in Bebelan saya, jiwa kacau, Peribadi

 

ya, saya bertudung dan saya bangga dengannya.

Kau pandang jam di pergelangan tangan. Baru pukul 10 pagi. Cuaca di sekeliling sejuknya hingga menggigit tulang. Kata Yap, ketua kumpulan kau, suhu ketika itu adalah 18 darjah celcius. Kau tarik sweater merah jambu kesayangan rapat-rapat. Di belakang kau, Stadium Sarang Burung yang menjadi simbol Olimpik 2008 Beijing tersergam gah dan indah.

Kau, adalah satu-satunya gadis Melayu dalam rombongan itu.

Kau, adalah satu-satunya gadis Islam dalam rombongan itu.

Kau, adalah satu-satunya manusia berhijab dalam rombongan itu.

Read the rest of this entry »

 
20 Comments

Posted by on September 15, 2009 in jiwa kacau, Manusia, Pengalaman, Peribadi, Refleksi

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.