i.
Februari adalah bulan yang penuh sibuk. Jadi tak ada masa dan idea dan mood dan jiwa dan rasa untuk mengupdate blog.
Maaf.
ii.
Tiba-tiba kau terfikir:
Kenapa kebanyakan penulis blog akan minta maaf kalau mereka lama tak update blog? Padahal jarang la orang nak marah “Eh apasal kau dah lama tak update blog?? Kau dah buat aku tertunggu2. Minta maaf cepattt!”
Paling kurang pun, orang cuma bukak sekejap, tengok tak ada update, then terus tekan tanda pangkah belah atas bahagian kanan skrin dan keluar dari situ. Tak ada yang marah2 kalau kau tak update pun.
Jadi tak perlula nak minta maaf kan?
Lagipun, ini blog kau. Bukan orang bayar kau untuk update hari-hari pun kan?
iii
Tapi perasaan dia lain macam bila lama tak update blog. Tambah-tambah bila tengok stat ada je yang menjenguk. Walau pun takdelah ramai mana, tapi tetap rasa bersalah satu macam.
Menulis blog kini bukan sudah sekadar suka-suka.
Bukan sekadar nak meluah rasa.
Menulis blog sekarang sudah jadi macam satu obligasi sosial. Tambah-tambah kalau ada orang yang baca blog kau. Walaupun tak adalah ramai mana.
Jadi, kau mesti nak minta maaf kalau lama tak update blog. Sebab tak seronok buat orang kechiwa lepas jenguk blog kau tapi tak ada apa-apa. Sebab perasaan ini, kau pun pernah ada. Bila bloggers yang kau suka lama tak update blog diorang, kau pun rasa hampa dan kechiwa.
iv
Tiba-tiba kau rasa menulis blog adalah satu perkara yang berisiko tinggi.
Ia macam kau nak buat tatu. Kat muka. Kau kena fikir masak-masak-masak-masak sampai hangus. Sebab benda itu kekal di situ. Dah tak boleh nak diubah dah.
Macam tatu kat muka.
Contoh: Apabila sekali kau publish kau penakut gila orangnya tapi tiba-tiba rasa tak best mengaku akan kelemahan kau sendiri di mana boleh menjejaskan reputasi ciptaan kau sebagai seorang gadis berdikari yang berhati waja, jadi kau pun delete. Tapi entri yang kau delete itu tak akan ter’delete’ sekali dalam otak pembaca kau. Kalau diorang jumpa kau kat mana-mana, diorang akan kata “eh inilah dia yang penakut hantu tu kan?”
Ia macam telanjangkan diri kau di tengah jalan biar orang lalu lalang nampak siapa sebenarnya diri kau dengan alasan tak nak hipokritlah kononnya.
Tetapi tiba-tiba macam malulah pula, terus pakai baju semula.
Tapi tetap juga tak bagi kesan apa-apa. Sebab orang lain dah nampak segala apa yang kau ada.
The damage is done – bak kata omputih.
Jadi, nak menulis blog pun sebenarnya sesuatu yang kau kena hati-hati. Tak boleh nak publish sesuka hati. Sekali kau publish satu entri dan biar orang baca, itu macam kau dah buat satu tatu di kepala. Dah tak boleh nak ubah dah walau apa pun orang kata. Even if you deleted the entry, it is still there. In your reader’s mind.
v
Tiba-tiba kau terfikir lagi. Apasal kau boleh sesuka hati tulis hal peribadi, hal famili, hal perasaan dan hati, di dalam blog kau di mana entah berapa orang yang kau kenal atau tak kenal yang baca dan mungkin akan judge kau dari setiap kata-kata yang kau taip?
Dan kebanyakan entri dalam blog kau pun, mostly famili kau sendiri pun tak pernah tahu cerita.
Apasal kau lagi senang bercerita di alam maya, kepada entah siapa-siapa, daripada bercerita di alam nyata, kepada kaum keluarga?
Mungkin itu keindahan dunia maya. Tiba-tiba kau boleh jadi begitu terbuka dan bersahaja.
vi.
Tapi kau rasa payah juga kalau tulis blog berkonsepkan peribadi ini. Sebab banyak cerita yang merupakan cerita orang lain, orang sekeliling, famili dan saudara mara (yang mungkin kau dah ubah nama) tapi kau rasa ada nilai pengajaran atau menarik untuk dicerita, yang kau dah tulis dalam blog kau.
Sebab kalau terjumpa dengan orang yang kau kenal, tapi mereka buat-buat tak kenal,
mulalah kau tertanya-tanya “Eh apasal dia tak tegur aku? Dia baca blog aku ke? Ada ke aku tulis apa-apa pasal dia?”
So, this is something I would like to say.
If you know me, and you read my blog, and you think that some of the entries are about you,
“Eh macam cerita aku lah. Walau nama tak sama, tapi betul-betul macam cerita aku.”
If you do think like that, please email me and ask me personally to remove the entry.
I will gladly do so if it offended you.
I am really sorry and it is never in my intention to hurt your feeling.
Mungkin lepas ni kau patut tulis blog pasal resepi atau pasal petua kecantikan diri.
Atau mungkin tulis pasal review buku dan filem sahaja.
Atau mungkin tulis pasal hari ini buat apa, pergi mana, balik bila, penat giler kay….ok tu je lah u olllsss….da nak tidoooo baiii!!
Ya, apa-apa saja yang tak terlalu peribadi. Dan tak berisiko tinggi.
Mungkin.


