RSS

Author Archives: sUe

About sUe

An ordinary girl.Leading an ordinary life.Living in this ordinary world.

Tak habis – habis.

Seorang pakcik tanya,

Ila, kau bila nak kahwin?

Tahun depan Pakcik. 31 haribulan Februari.

Jawab saya, sambil tersenyum penuh makna.

Jawapan ini diambil dari idea Jebon dalam blog beliau.

Boleh tahan jugak jawapan ni.

Nak gunalah sampai bila-bila. (sebab boleh uji IQ orang yang bertanya – secara tak langsung)

Heh!  :)

 
1 Comment

Posted by on May 28, 2012 in Bengong

 

You Might Be A Zombie and Other Bad News (Pt 1)

Saya baru saja selesai membaca buku ini dan membuatkan saya rasa seperti nak hantuk kepala ke dinding sambil menjerit “Tipah tertipu! Tipah tertipu!”. Seriously, buku ini (kalau betul2 apa yang dikatakannya adalah fakta) menunjukkan banyak benda yang saya tak tahu, dan jika ada benda yang saya tahu pun rupa-rupanya ia adalah tipu dan fiksi dan mitos semata-mata.

Oleh kerana saya tertekan dan dengki orang lain tidak rasa tertipu seperti saya, jadi saya juga mahu menulis di sini supaya kamu juga rasa tertipu sama. Marilah kita sama-sama berasa tertipu secara berjemaah.

Hahahaha!!! *gelak keji* :D

FIVE MOVIE BASED ON TRUE STORIES (THAT ARE COMPLETE BULLSHIT)

Saya mahu tulis dua sahaja. Sebab cuma dua filem saja yang saya tengok.

1. A BEAUTIFUL MIND.

Ok, saya peminat setia Russel Crowe. Kebanyakan filemnya adalah brilliant! Jadi, saya juga ada menonton filem ini. Ia adalah sebuah filem berdasarkan kisah benar seorang Professor Matematik bernama John Nash yang mengidap schizophernia.Filem ini berkisar tentang pergelutan beliau dengan penyakitnya itu, dan akhirnya memenangi Nobel Prize in Economics Science pada tahun 1994.

1. Versi Hollywood:

John berhalusinasi bahawa dia ada seorang kawan baik bernama Charles Herman, anak saudara perempuannya, dan dia juga nampak seorang agen dari Agensi Pertahanan bernama William Parcher yang merekrutnya untuk bekerja dengan kerajaan untuk memecah kod rahsia Rusia.

Fakta sebenar:

Prof. John Nash tidak pernah melihat apa-apa halusinasi. Penyakitnya hanyalah melalui pendengaran sahaja (auditory), dan dia langsung tak nampak atau berjumpa dengan Charles mahupun William.

2, Versi Hollywood:

Isteri John adalah seorang yang setia dan mempunyai ciri-ciri isteri mithali kerana berada bersama John di saat susah dan senang. Dari awal kahwin sampailah dapat Nobel Prize.

Fakta sebenar:

Mereka sebenarnya bercerai pada tahun 1963 (6 tahun lepas kawin)  dan cuma berkahwin semula pada tahun 2001 (7 tahun lepas Prof. John Nash dapat hadiah Nobel)

3. Versi Hollywood:

Di akhir cerita, Prof John memberi ucapan pada hari penerimaan Hadiah Nobel beliau. Dan dalam ucapannya, beliau memberi kredit kepada isterinya, yang digambarkan sebagai simbol kekuatan dan tulang belakang beliau selama ini.

Fakta sebenar:

Beliau sebenarnya langsung tidak dibenarkan memberi ucapan kerana penganjur Anugerah Nobel risau beliau akan bercakap merapu-tak-tentu-hala atas pentas jika penyakitnya datang.

Oklah, dah panjang. Penipuan-penipuan seterusnya akan ditulis lagi di masa akan datang. Itupun kalau rajin. :P

Hollywood: 100 – Penonton : 0 (heh!)

p.s: Hollywood  memang hebat bab-bab bikin filem yang menarik penonton, walaupun mereka terpaksa tokok tambah atau mengada-adakan benda yang tak benar. Jadi kalau ada filem yang based on true story, ia sebenarnya membawa maksud “based on true story after we edit, cut and add some fictional stories…. ” :)

 
1 Comment

Posted by on May 19, 2012 in Buku, Filem

 

Melaka (16.5-18.5)

Agak-agak, kalau jalan kaki dari Melaka 10 km sehari ke London, berapa tahun boleh sampai?

 
1 Comment

Posted by on May 19, 2012 in Kerja, Pengalaman, Saja Mengada

 

The Vow

Ok, kalau kau seorang yang hopeless romantic at heart,

jenis dalam hati ada taman bunga,

suka layan novel Nicholas Sparks atau Nora Roberts atau Judith McNaught atau yang suka novel BM pulak selalunya yang terbitan Alaf 21,

masa zaman sekolah layan novel jiwang Ahadiat Akashah,

suka lagu-lagu cinta yang meleret-leret syahdu macam lagu Celine Dion atau Richard Marx atau lagu Rindu Serindu-rindunya dari Spoon,

dan gambaran suami ideal tidak perlu ada ijazah atau kerja bagus, tapi kalau boleh mesti bagi sekuntum bunga ros setiap minggu dan wajib ingat semua tarikh-tarikh penting (pertama kali jumpa, pertama kali keluar, pertama kali ucap ‘I Love You’, tarikh nikah, beranak, etc etc), maka wajiblah menonton filem ini.

Filem ini adalah untuk orang yang a true romantic at heart.Yang memegang falsafah, kuasa cinta boleh menakluk segalanya. Demi cinta, lautan api sanggup direnangi. Dan segala bagai lagi.

Saya menonton filem ini, dan walaupun saya bukanlah orang yang terlampau romantik jiwanya, (saya lebih idealis dan feminis) , tidak boleh tidak, saya juga terkesan dan tersentuh dengan ceritanya.

“You tengok la filem ni. I tengok pun sedih wooo…. kena sedia tisu banyak2…” kata apek kedai DVD.

“Aiyoh…you lelaki pun menangis ka?” saya mengusik. (p.s: Kadang-kadang kasihan juga jadi lelaki. Menangis pun kena kutuk. Hehe :P )

“Ini bukan kira lelaki ka perempuan ka…ini cerita bikin hati sedih. Kalau you tak nangis, you mesti alien punya…bukan manusia….hahaha!” jawab apek.

Rupa-rupanya memang betul cakap apek.

Habis 4 helai tisu saya guna. :)

Filem ini bagus. Saya bagi 4.5 bintang. :)

Quotes yang saya suka:

[ I chose to stay with him for all the things he's done right; not the one thing he's done wrong. I chose to forgive him - Paige's mother ]

[ I vow to help you love life, to always hold you with tenderness,  to have the patience that love demands, to speak when words are needed, and  to share the silence when they are not,  to agree to disagree about red velvet cake,  to live within the warmth of your heart,  and always call it home. - Paige]

[  I vow to fiercely love you in all your forms, now and forever. I promise to never forget that this is a once in a lifetime love. No matter what challenges that keeps us apart, we'll always find a way back to each other. - Leo ]

 
Leave a comment

Posted by on May 19, 2012 in Filem

 

Terima kasih Tuan Haji atas sebuah inspirasi.

“Adik nampak tak lelaki yang pakai jubah putih itu?”

Kata ayah, sambil menunjuk kepada seorang lelaki yang sedang makan selang satu meja dari kami sekeluarga. Sebetulnya kami sedang berada di sebuah restoran baru (Tak adalah baru sangat. Saya saja yang baru pertama kali ke sana) di Sungai Petani yang menghidangkan mi udang paling sedap di alam semesta.

Saya pun memandang lelaki itu. Perkara pertama yang menerpa cepu kepala saya adalah “warna putih”. Kerana segala-gala tentangnya berwarna putih. Beliau memakai serban putih, jubah putih, rambutnya putih, malah menyimpan misai dan janggut panjang yang juga sudah memutih.

Orang tua seperti ini kalau terserempak di mana-mana, waktu tengah malam buta, pada bulan Ramadhan misalnya, kemudian memberi kau beberapa nasihat berguna, mesti lepas itu akan hilang ghaib macam itu saja. Dan kau mesti fikir, malam ini Lailatul Qadar agaknya.

Ya, orang tua begini, boleh buat mata kau silau dek cahaya keimanan yang terpancar-pancar dari wajahnya.

“Kenapa dengan lelaki tu yah?” tanya saya kembali.

“Itu bekas pengetua ayah. Masa di Merbok dulu….” jawab ayah.

Saya pandang lagi lelaki itu. Ternyata dia mempunyai sebuah keluarga yang besar. Kerana di sekelilingnya ada ramai anak-anak dan cucu-cucunya turut makan bersama.

Lantas, ayah bercerita tentang lelaki itu, yang dipanggilnya Tuan Haji (Namanya saya dah lupa)

Kata ayah, lelaki itu adalah manusia yang tidak pernah berhutang. Beliau begitu menjaga setiap sen duit dan hartanya daripada segala perkara-perkara syubhah. Perkara haram memang jauh sekali.

Beliau tidak pernah menyimpan duit di dalam bank konvensional yang mungkin terlibat dengan riba. Setiap kali duit gaji masuk ke dalam bank, beliau akan mengeluarkan kesemua duitnya (kecuali RM10) dan disimpan di tempat lain. Sehinggalah wujudnya Bank Islam dan Tabung Haji, barulah beliau menyimpan duitnya.

Beliau juga tidak akan sama sekali membeli rumah dengan bank konvensional. Beliau hanya mula memiliki rumah selepas wujudnya Bank Islam.

Semasa menjadi pengetua, beliau mendapat Elaun Rumah sebanyak RM700. Tetapi, sewa rumahnya ketika itu hanyalah RM400. Akan tetapi, beliau tetap juga membayar tuan rumah sebanyak RM700.

“Eh Tuan Haji, sewa rumah saya RM400 saja lah.” kata tauke tuan rumah.

“Tak apalah. Kamu ambil lah RM700. Elaun rumah saya banyak itu. Berdosa kalau saya guna duit itu bukan untuk bayar sewa rumah.” jawabnya.

Ya, beliau sama sekali tidak akan menggunakan lebihan RM300 itu untuk perkara lain selain membayar sewa rumah, kerana namanya adalah Elaun Rumah, maka satu sen pun tidak akan digunakan untuk selain daripada Rumah.

Dan sudah tentu, beliau sama sekali tidak mempunyai kad kredit.

Dan yang paling menarik hati saya adalah ketika ayah bercerita, bahawa jika makan di gerai, Tuan Haji akan terus membayar harga makanan, SEBELUM makanan itu sampai. Sangat berbeza dengan kita yang hanya membayar selepas makan.

Lantas ayah pernah bertanya,

“Kenapa Tuan Haji bayar makanan sebelum makan?”

Jawapannya membuat saya termenung sejenak.

“Saya bayar dulu sebab saya tak tahu bila saya mati. Mana tahu saya mati masa tengah makan, jadi tak sempat nak bayar.”

Saya terpegun mendengar cerita ayah.

Sebaik-baik manusia adalah yang sentiasa mengingati mati, dan lelaki tua ini mengingati mati pada setiap saat, malah ketika makanan terhidang di depan mata, tetap juga mati yang menjengah mindanya.

Lalu saya berfikir-fikir sendiri. Sepanjang 27 tahun saya hidup, pernahkah, walau SEKALI, saya mengingati mati ketika hendak makan? Tak pernah, rasanya. Lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadhan waktu hendak berbuka. Saat pelbagai makanan sudah tersedia depan mata, memang haram-langsung-tak-terfikir-pasal-mati-lah-jawabnya.

Yang saya fikirkan saat itu, adalah apa benda yang nak dimakan dulu. “Mula-mula minum air tebu, lepas tu makan popia basah, lepas tu makan murtabak, nasik dengan ayam makan kemudian, makan buah dulu…etc etc etc”

Ya, saya lebih sibuk berfikir bagaimana ‘menyusun atur’ makanan di dalam perut untuk sistem penghadaman daripada mengingati akan kematian.

*menyedihkan*

Saya pandang lagi Tuan Haji itu. Beliau kelihatan begitu tenang sekali. Jika tidak kerana uban di kepala dan janggutnya, tentu saya tidak menyangka yang beliau sudah berusia 70-an, kerana wajahnya yang seperti tidak dimakan tua.

Saya belajar sesuatu dari kisahnya. Saya harap, dengan menulis tentang beliau di sini, anda juga dapat belajar sesuatu daripadanya.

Dan moga-moga kisahnya dapat memberi inspirasi kepada saya, kepada anda, kepada kita semua supaya lebih berhati-hati dalam urusan kewangan kita. InsyaAllah.

*credit picture to Google Image*

 
5 Comments

Posted by on May 10, 2012 in Manusia, Refleksi

 

The Tales of Beedle the Bard

Jika di dunia magis ada pencipta fairy tale atau kisah kanak-kanak seperti Hans Christian Andersen atau Brother Grimms, maka Beedle the Bard adalah orangnya.

Beliau (seperti yang digambarkan JK Rowling) adalah seorang ahli sihir atau wizard yang hidup pada abad ke 15 di Yorkshire. Beliau seorang yang menyukai Muggle (golongan manusia biasa dan tidak mempunyai kuasa magic) dan begitu menentang penggunaan dark magic.

Jika anda kipas-susah-mati atau peminat tegar siri Harry Potter, anda akan tahu bahawa buku Beedle the Bard ini ada disebut dalam buku terakhir Harry Potter and the Deathly Hallows. J.K Rowling telah menulis buku ini dengan teliti lantas menjadikannya begitu menarik. Di dalam buku ini, diselitkan juga nota-nota yang ditulis oleh Prof Albus Dumbledore, mengulas tentang setiap cerita di dalam buku ini.

Jika zaman kecil kita dihiasi dengan kisah-kisah dongeng pakcik Andersen atau adik-beradik Grimms seperti Snow White, Rapunzel, Sleeping Beauty, Thumbelina, Red Riding Hood, dan lain-lain lagi, maka zaman kecil para witch dan wizard di dalam dunia sihir dipenuhi dengan kisah dongeng Beedle the Bard seperti The Wizard and The Hopping Pot, The Fountain of Fair Fortune, dan lain-lain lagi.

Apa yang menarik adalah perbezaan kisah-kisah dongeng mereka dengan kita. Jika heroin kita seperti Rapunzel, Snow White, Cinderella atau Sleeping Beauty lebih selesa menunggu dan menunggu sehingga sang putera datang menyelamatkan mereka untuk hidup, tetapi heroin dalam kisah dongeng Beedle the Bard adalah wanita-wanita yang berani, tangkas, berdikari dan berhati waja dalam menentukan takdir mereka sendiri.

Ketika Rapunzel masih setia menunggu di atas menara, ketika Snow White masih ’koma’ di dalam keranda kaca, ketika Cinderella masih menunggu putera datang memulangkan selipar kacanya dan ketika Sleeping Beauty masih tidur nyenyak menanti satu  ’ciuman cinta sejati’ yang dapat menghancurkan satu sumpahan durjana, ketika itulah watak Asha, Altheda, dan Amatha, ahli sihir wanita di dalam kisah dongeng Beedle the Bard berkelana mencari cara-cara untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri tanpa mengharapkan pertolongan daripada mana-mana putera atau jejaka.

Ouh, dan satu lagi, kisah dongengnya tidak lah asyik diakhiri dengan … “and they lived happily ever after…”

Disebabkan JK Rowling menulis dengan begitu berkesan dalam suara ‘orang lain’ membuatkan saya terpaksa mengingatkan diri berkali-kali bahawa buku ini yang sebenarnya ditulis oleh JK Rowling, bukan Albus Dumbledore mahupun Beedle the Bard, kerana kedua-duanya adalah watak fiksi semata-mata dan tidak wujud sama sekali dalam dunia nyata.

Buku ini bagus. Menarik. Saya bagi 4 juta bintang daripada bintang-bintang di Galaksi Andromeda.

 
4 Comments

Posted by on May 9, 2012 in Buku

 

Picsart

image

via PicsArt Photo Studio

 
2 Comments

Posted by on May 4, 2012 in Uncategorized

 

misteri.aneh.pelik.ganjil.(dan apa-apa saja yang sinonim dengannya)

Tak tahulah kenapa, dalam hidup saya asyik ditakdirkan berjumpa dengan budak yang pelik-pelik.

Sebelum ini dah jumpa sekali.

Kali ini pun jumpa lagi.

Bayangkan (sila pejam mata dan bayangkan sekarang jugak!),

Pukul 10 malam saya pulang ke rumah, tercegat seorang budak perempuan di depan pintu rumah, menanti kepulangan saya. Budak itu dari Iran, merupakan jiran depan rumah. Pernahlah saya berbual sekali dengannya sebelum ini, di dalam lif. Masa itu, saya berbual biasa-biasa saja. Dia pun kelihatannya biasa-biasa saja.

Tetapi entah kenapa, malam itu terserlah keanehannya.

Serius terkejut jugak lah apabila sampai saja di rumah, elok saja budak itu tercegat depan pintu. Dia memandang saya dengan matanya yang besar bercahaya dan senyuman lebar sampai ke telinga. Berdebar-debar jantung tak tahu nak cakap macam mana.

“Hi sister. Are you married?”

Tanya budak itu, masih lagi dengan senyuman lebar ke telinga.

“Errr…no. Why?”

Saya cuba berlagak biasa. Dalam hati tertanya-tanya “Apa la budak ni buat kat luar malam2 ni?”

 ”Why aren’t you married?”

Ok, ini serius pelik. Dahlah tercegat depan pintu rumah orang malam-malam, lepas itu boleh pulak lah bertanya pasal status kahwin orang lain. Memang ada potensi besar menjadi Makcik Joyah yang sejati.

“Well….I don’t meet anyone that I like, yet.”

 Jawab saya. Tak pasal-pasal lah pulak bercerita pasal hati dan perasaan dengan budak Iran ini.

“What if you meet someone that you like?”

Tanya budak itu, masih lagi dengan senyuman lebar dan mata besar bulat bercahaya. Those big round eyes that is really spooky.

“Well…yeah…maybe we’ll get married.”

Saya mula tak senang duduk. Nak masuk rumah budak ni betul-betul depan pintu. Rasa macam nak tolak budak ni ke tepi tapi takut la pulak pegang karang, tangan saya tembus ke belakang. Macam pegang asap. Ouh, masa ini minda saya mulalah fikir macam-macam.

“And have kids?”

“Yeah…yeah…”

Jawab saya, mula tidak sabar.

Lepas itu, inilah yang membuatkan saya yakin dan pasti budak ini memang sahih pelik dan aneh.

Dia memandang saya, masih dengan mata besar bulat bercahaya tetapi senyuman lebar sudah hilang entah ke mana.

Tiba-tiba dia menjerit marah.

“YOU’RE LYING!!!YOU DON’T LIKE KIDS!!! LIAR LIAR PANTS ON FIRE!!!”

Sumpah, terkejut-gila-babi-jantung-rasa-macam-dah-terkeluar-melantun-jatuh-13-tingkat-ke-bawah.

“Whoa….easy kid…..Do you MIND? I want to go inside.”

Saya menunjuk ke arah pintu dan memberi isyarat bahawa saya mahu masuk dan dia menghalang laluan saya. Sebenarnya saya sudah marah, dan terkejut dan agak takut. Budak ni apahal? Marah orang tak tentu pasal. Sudahlah tiba-tiba saja tercongok depan pintu.

Serentak dia kembali tersenyum lebar sambil berkata “Ouh sure…” dan beralih satu tapak ke tepi.

 Sepanjang saya membuka kunci rumah, dia berdiri di sebelah, masih tersenyum dengan matanya yang besar bulat bercahaya.

Ketika saya membuka pintu rumah,  dia masih berdiri di sebelah, masih tersenyum dengan matanya yang besar bulat bercahaya.

Ketika saya melangkah masuk, masih lagi dia tercegat di situ. Dalam hati saya terdetik “Kalau budak ni jadi tetamu rumah orang payah ni. Tak reti-reti nak balik. Tak boleh tangkap ‘hint’ tuan rumah suruh balik…”

Ketika saya menutup pintu rumah, masih lagi dia di situ. Dan benda terakhir yang saya lihat, sebelum saya menutup pintu adalah senyumannya yang lebar hingga ke telinga.

Dan sepasang mata yang besar bulat bercahaya.

Damn!

 
9 Comments

Posted by on May 1, 2012 in Bengong, Manusia, Pengalaman

 

tentang Zaki, budaya Melayu, Julia, erti hidup pada kaca mata Andrea Hirata, dan nasihat tentang perkahwinan.

Katanya, kawannya yang bernama Zaki* (bukan nama sebenar) itu akan berkahwin.

Katanya lagi, dia risau jika Zaki berkahwin.

Katanya lagi sekali, ini kerana Zaki adalah seorang yang tidak ada nafsu kepada wanita dan naluri seksualnya lebih terarah kepada lelaki.

Atau dalam erti kata lain, Zaki adalah seorang pengamal homoseksual atau gay.

“Aku tak faham Sue. Kenapa dia perlu kahwin hanya kerana nak puaskan hati ibu bapa dia yang risau tengok dia lama sangat membujang? Kenapa dia perlu tunduk pada tekanan orang lain?”

Ya, Zaki adalah dari keluarga Melayu. Dan sebagai seorang Melayu, saya juga tersangat faham akan situasi yang dihadapi Zaki.

Err….bukan situasi sebagai gay. Tapi situasi sebagai anak-muda-lama-sangat-membujang-tak-elok-baiklah-kahwin-cepat-cepat!

Saya melepaskan keluhan. Yang sebenarnya saya agak kecewa dengan budaya Melayu. Atau budaya apa-apa saja bangsa yang beriya-iya benorrrrrrrrr mahu anak mereka berkahwin tanpa mempedulikan sama ada anak itu bersedia atau tidak sebenarnya untuk melangkah ke alam rumah tangga.

Read the rest of this entry »

 
3 Comments

Posted by on April 29, 2012 in Manusia, Refleksi

 

“We never know the love of a parent till we become parents ourselves.” – Henry Ward Beecher

Tatkala menonton The Color of Paradise minggu lepas, tidak boleh tidak saya ter’perasan’kan sesuatu. Tidak tahulah sama ada ini hanya pendapat saya seorang, atau sememangnya keadaan sebenar adalah begitu.

Menurut pemerhatian saya, masyarakat Iran begitu amanah dan setia dengan tanggungjawab mereka dalam menjaga ibu bapa yang sudah tua. Ia semacam satu kewajipan bagi mereka. Jika mereka tidak menjaga ibu atau bapa mereka yang sudah tua, mereka akan dicemuh dan dipandang serong oleh masyarakat.

Ia dapat dilihat dalam filem The Color of Paradise dalam satu babak apabila nenek Mohammad mahu meninggalkan rumah kerana kecewa dengan sikap anak lelakinya yang telah meninggalkan cucunya yang buta itu, Hashem Ramezani (iaitu bapa Mohammad) begitu bersungguh-sungguh merayu supaya ibunya kembali semula kepadanya.

Hashem:  Mother! Come back. For God’s sake, please come back. You will get ill. I beg you. I will kiss your hand. Let’s go back. I will lose face.

Dan satu lagi yang menunjukkan bahawa anak lelaki Iran memang bertanggungjawab dalam menjaga ibu bapa mereka adalah di dalam filem A Separation. Apabila Simin ingin bercerai dengan Nader, kerana Nader (suami) enggan mengikutnya ke luar negara.

Simin: He won’t come with me.

Nader: My father. I can’t leave him.

Simin: Your father has Alzheimer. Does he even realize you are his son?

Nader: But I know he is my father.

Kalaulah memang benar budaya dan nilai masyarakat Iran begitu, alangkah bertuahnya kaum ibu bapa di sana.

Tiba-tiba saya teringatkan sebuah artikel di Harian Metro, mengenai seorang lelaki tua, yang diambil pulang dari Rumah Orang Tua-tua oleh anaknya.

Hanya untuk satu jam.

Sekadar dibawa ke pejabat tanah untuk menanda-tangani persetujuan menyerahkan tanah kepada anak-anaknya yang seramai 7 orang (tapi semuanya tak guna).

Dan kemudian dipulangkan semula ke rumah Orang Tua-tua.

*menyedihkan. tak tahu nak cakap apa :( *

p.s: Saya masih belum tengok filem A Separation ini. Teringin sangat nak tengok sebab menang Anugerah Academy untuk Filem Asing Terbaik. Hanakirana pun ada menulis tentang filem itu di sini. Harap2 DVD filem ini ada dijual nanti.

.

 
2 Comments

Posted by on April 26, 2012 in Filem

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.