Saya baru sedar, blog ini tidak banyak gambar. Jadi, di sini saya letakkan gambar2 yang sudah lama bersarang di dalam henfon saya. Kerana lepas ini saya mahu delete dan buang semuanya.
Ini gambar yang diambil di hadapan library kira-kira pukul 1.30 pagi. Saya ke sana semata-mata untuk mendapatkan wi-fi kerana internet di bilik sangatlah saks ketika itu. Hanya ada saya dan seorang pelajar lain yang turut senasib. Dan bukan, itu bukan jeans yang koyak di lutut itu.
Ini gambar library UTP yang saya ambil ketika bersantai di atas sofa tempat membaca surat khabar. Saya selalu lepak di sini kerana sofanya empuk dan selesa. Selain baca surat khabar, ia juga amat sesuai untuk tidur sekejap kalau penat-ouh, sudah tentu dengan muka yang ditutup surat khabar bagi mengelakkan air liur basi terdedah kepada umum.
Gambar yang diambil sebelum balik ke rumah. Ini tasik UTP – tempat saya selalu berjogging pagi2. Oh, rindu.
Tiga kad matriks sepanjang 4 tahun. Entah kenapa, saya selalu hilangkan kad-kad matriks. Saya dan kad matriks langsung tak kacip (bak kata Pipiyapong). Lebih menyakitkan hati, lepas habiskan RM30 untuk beli kad matriks baru (tak boleh ambil final exam kalau tak ada matrix card), tiba-tiba kad yang lama muncul semula. Cis! Sengaja la tu nak buat orang pokai.
Kami sekeluarga ke Teluk Batik beberapa minggu lepas. Gambar ini diambil di sebelah restoran ikan bakar.
Lagi di Teluk Batik.
Ayah dan Teluk Batik.
Ini spaghetti yang saya buat. Bukan spaghetti sangatlah pun sebab saya campur dengan macaroni sikit disebabkan spaghetti dah habis. Nak buat benda ini tak susah pun. Surf internet dan ikut arahan dari situ. Hehe. (Misi menaikkan saham: Cubaan pertama.
)
Ini ketam masak sos tiram. Nak masak yang ini pun mudah. Campak sahaja bahan-bahannya seperti ketam, sos tiram, kicap, sos cili, dan cabai kisar. Lepas itu pandai-pandai adjust supaya rupa nampak macam sedap. Rasa pulak cukuplah kalau orang yang makan itu tidak sakit perut. Kira dah okeylah tu.
(Misi menaikkan saham : Cubaan kedua
)
Baiklah. Sekian entri bergambar pada hari ini ya anak-anak. Kita berjumpa lagi di lain hari. Renung-renungkan dan selamat beramal!










CAHAYA MATA
July 22, 2009 at 12:37 pm
wahh.. cantiknya library UTP.. mcm kat putrajaya dah tu.. hehehe.. tasik pun cantik.. patut lah “rajin” jogging yer.. hukk hukkk..
SAYA juga rindu tmpt blajar.. tp masa blajar dulu hp takde camera.. alahaiii.. ;-p
sUe
July 24, 2009 at 12:40 am
tak adalah selalu sangat jogging.
kadang2 jer…tapi tasik tu memang boleh buat tempat tenangkan fikiran.
haa..sekarang dah ada kamera,tangkapla tempat kerja pulak. hehe.
13may
July 25, 2009 at 8:26 pm
gambar tuan blog mana?
hehhe hehhe
sUe
July 27, 2009 at 12:35 am
tuan blog tak suka ambil gambar sendiri. kerana beliau tidak mahir berposing di hadapan kamera handphone sambil memuncungkan mulut atau mengenyitkan mata.
huhu.
Luqman Misri
August 22, 2011 at 2:47 pm
x pandai muncungkan mulut? better that way.. =D
sUe
August 24, 2011 at 4:30 pm
hahaha!
just wondering how org lain boleh buat tanpa segan silu.