Alahai intan payung…
July 4, 2009
budak-dulu-comel-skrg-hitam: mak, cikgu suruh bawak duit rm3.50 nak beli buku.
ibu-yang-jelita: nah ambik nih.(sambil hulur tiga keping duit seringgit dan seketul syiling lima posen)
budak-dulu-comel-skrg-hitam: semua ni ke mak? nak kena tunggu baki tak? (budak ini tak berapa reti kira duit lagi.)
ibu-yang-jelita: tak payah baki. bagi semua ni kat cikgu. semua sekali tiga ringgit lima puluh sen.
petang itu, si anak yang berusia 7 tahun itu pun pulang dari sekolah.
budak-dulu-comel-skrg-hitam: mak,mak! saya tak bagi duit tu kat cikgu.sebab mak bagi duit silap.
ibu-yang-jelita: eh betullah! tiga ringgit lima posen kan?cikgu cakap berapa sebenarnya?
budak-dulu-comel-skrg-hitam: bukanlah mak. bukan tiga ringgit lima puluh sen. cikgu cakap tiga ringgit lima kupang!
Lerrrr……
(mak, walau dah lama duduk utara tapi masih tak fasih cakap loghat utara. benda ini terikut2 kepada anak2 dia. cakap loghat utara memang berterabur. jadi, di rumah kami cakap macam biasa saja.gejala ini dipanggil ‘murtad loghat negeri’. huhu…)
Entry Filed under: famili. .
2 Comments Add your own
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed

1.
amirahsyuhada | July 4, 2009 at 10:53 pm
sahih pening cikgu tu, haha
2.
sUe | July 22, 2009 at 8:24 am
hehe..bukan setakat cikgu,semua org leh pening dibuat budak nih.
huhu…