RSS

Perihal janji yang tak tertunai.

22 Mar

Dengan ini, saya berjanji untuk tidak mahu berjanji lagi. Sila ingatkan saya tentang janji ini.

Jika saya kata kan kepada kamu “Baiklah. Saya janji saya akan (isi sendiri dgn apa2 yg sesuai) !” tolonglah ingatkan kepada saya dengan janji saya. Bahawa saya tidak mahu berjanji lagi. Contoh “Eh Sue, tak boleh janji. Kau kan dah janji tak mahu berjanji?”

Kerana saya sudah penat,letih,lelah dan bosan  yang teramat untuk memungkiri janji. Dan setiap kali saya terpaksa memunafikkan diri, saya rasa seperti mahu hantuk kepala ke dinding berkali-kali.

Ketika lab partner berkata, “Sue, eksperimen ni kena buat hari2. Sebab graf tak stabil lagi. Cuti mid sem ini kalau boleh tak payah balik lah.” Saya sudah menggigit bibir. Menahan air mata jangan sekali-kali pecah di tubir. (ya, saya budak cengeng. Sila terima hakikat itu dengan tabah.)

Teringat kata2 saya tiga hari lepas pada mak dan ayah bahawa saya akan balik cuti mid sem ini. Teringat janji saya pada adik2 mahu bawa mereka tgk wayang cerita Upin dan Ipin. Teringat pada janji saya mahu belanja keluarga makan sebab terlebih gembira duit dah masuk. Dan teringat juga pada suara girang mak dan ketawa riang ayah berseloroh mahu membeli ketam 20 kilo bila saya pulang nanti.

Benci!Benci! *maki diri sendiri*

Hakikatnya, saya sudah terlalu lama tidak pulang ke rumah. Sejak hari pertama semester ini bermula. Sudah dua bulan! Rumah dekat tapi dah dua bulan tak balik, apa cerita?

Kemudian, ketika saya sedang berusaha bersungguh-sungguh menahan diri jangan menangis di depan lab partner, tiba-tiba ayah telefon. Bertanyakan bila mahu balik. Dia sudah bersiap sedia mahu ke pasar membeli ketam.

“Ayah…sorry….adik tak jadi balik…” Aduh, hati rasa macam dirobek-robek saat menuturkan kata-kata itu. Penat untuk kecewakan ayah dan hampakan ibu. Rasa air mata seperti mahu mengalir deras dan laju.

Oleh itu, saya sudah tidak mahu beri harapan. Pada siapa-siapa lagi. Tidak mahu berjanji lagi. Kerana sakit bila terpaksa hampakan dan kecewakan orang lain.

Lepas ini, kalau balik pun sudah tak mahu beritahu. Sedar-sedar saja sudah terpacak depan pintu. Senang cerita.

p/s: Maaf, kerana membuang masa kamu membaca bebelan saya. Saya geram. Ini saja tempat saya meluahkan isi hati.

p/s 2: Sebetulnya, saya sudah homesick peringkat kritikal, tapi demi eksperimen yang bodoh itu (berpuluh2 kali buat pun masih tak dapat graf yang stabil buat saya rasa macam nak mengamuk), terpaksa juga saya berkorban. Isk! :(

About these ads
 
4 Comments

Posted by on March 22, 2009 in Bebelan saya, Bengong, famili, jiwa kacau

 

4 responses to “Perihal janji yang tak tertunai.

  1. 13may

    March 22, 2009 at 9:01 pm

    hmmm…jgn sedih sedih…meh nak peluk meh…

    errr…errr…hehhe >:P

     
  2. amirahsyuhada

    March 23, 2009 at 10:12 am

    tabahkan hati, itu adat orang belajar, ya cuma, mungkin lepas ini, lebih mudah jika pulang dengan kejutan saja. Tabahkan hati ya, sue.

     
  3. sunyi hati

    March 23, 2009 at 10:37 am

    emm..
    sabar ye cik sue..
    SAYA faham perasaan awak tu.. memang begitu lah rasanya bila apa yg kita rancangan tetiba tak jadi.. terpaksa “memunafikkan” diri utk perkara yg kita tak sangka.. dan tak sengaja..

    cik sue.. apa kata awak call mak dan cerita semua masalah eksperimen awak tu pada mak / ayah.. biar mereka tahu betapa awak nak sngt balik.. nak sngt makan ketam.. tp tuntutan tugas di kampus yg menghalang..

    sekurang-kurangnya leh lepaskan semua rasa marah tu..

    (-.-)

     
  4. sUe

    March 24, 2009 at 2:56 pm

    13 may: nak peluk? hiappp!! (bukak langkah silat jurus angin lintang pukang) ;)

    amirahsyuhada: ya. lain kali tak mahu beritahu dah. senyap2 saja pulang ke rumah. surprise sikit. :P

    cik sunyi hati: cam tahu2 je awk ni yer…saya memang dah call pun…hehe. cuma tak ada lah beriya-iya meluahkan rasa geram ini…sebab mak saya itu, kalau anak dia susah hati, dia pula yang akan lebih2 lagi susah hati…

    jadi saya telefon macam biasa saja lah…konon2 berlagak cool la…sebab tak mahu dia susah hati…huhu.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: